Harian Metro

9 belasah rakan sekelas ditahan

-

Polis menahan sembilan pelajar lelaki sekolah menengah di Bukit Jelutong susulan kes tular video pelajar dipukul sekumpulan rakan sekelas Februari lalu.

Rakaman video itu dipercayai diambil pada satu sesi yang dikatakan sebagai tradisi sambutan ulang tahun hari lahir.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, semua pelajar terbabit ditahan di depan sekolah berkenaan jam 11.30 pagi kelmarin.

“Pelajar yang ditahan itu semuanya tingkatan lima di sekolah sama, mereka dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai siasatan jam 4.45 petang semalam (kelmarin).

“Kertas siasatan akan dirujuk ke Pengarah Pendakwaan Negeri untuk arahan selanjutny­a.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya.

Fadzil mengesahka­n mangsa membuat laporan polis berhubung kes terbabit jam 9 malam Ahad lalu.

Pada kejadian jam 11 pagi, 8 Februari lalu, mangsa, pelajar tingkatan lima sekolah berkenaan dipukul dengan batang penyapu dan disepak sekumpulan rakan sekelas selepas dipaksa menyanyika­n lagu Selamat Hari Jadi.

Kejadian berlaku dalam bilik kelas selepas tamat waktu rehat dirakam sebelum rakaman video berdurasi 29 saat tersebar di media sosial.

Difahamkan, sambutan itu kononnya tradisi segelintir pelajar sekolah itu.

 ??  ?? FADZIL
FADZIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia