Harian Metro

Nurliyana makin kritikal

-

Kuala Lumpur: “Doktor ada beritahu kami berdasarka­n perkembang­an semasa apa saja boleh berlaku termasuk jantung Nurliyana berhenti berdegup,” kata Abdul Raziff Muhammad Radzi, 55.

Bapa kepada pesakit para tiroid, Nurliyana Abdul Raziff, 32, berkata, keadaan anaknya semakin kritikal apabila kadar denyutan jantungnya menurun mendadak pagi semalam.

Menurutnya, selain komplikasi jantung, peratusan bacaan karbon dioksida di dalam tubuh anaknya masih tinggi.

Abdul Raziff berkata, doktor memaklumka­n degupan jantung Nurliyana menurun mendadak sebelum kembali stabil dan secara keseluruha­n keadaan wanita itu semakin serius berbanding kelmarin.

“Jantung Nurliyana dalam keadaan lemah, sekarang dia dibantu alat sokongan hayat. Buat masa ini, doktor meletakkan anak saya dalam keadaan tidur supaya dia berehat.

“Bacaan normal karbon dioksida dalam tubuh sekitar 35 hingga 45 peratus saja, tapi semalam (kelmarin) ia naik sehingga 101 peratus. Setakat pagi tadi (semalam) bacaan dicatatkan adalah 60 peratus, tapi masih tinggi meskipun sudah menurun,” katanya.

Kelmarin, doktor terpaksa melakukan pembedahan kecemasan pada saluran pernafasan Nurliyana berikutan bacaan kandungan karbon dioksida yang tinggi dalam tubuhnya.

“Saya memberi keizinan kepada pegawai perubatan untuk melakukan sebarang prosedur asalkan keputusan itu yang terbaik buat Nurliyana.

“Doktor berpesan kepada saya supaya memaklumka­n kepada adik-beradik dan keluarga berhubung keadaan Nurliyana, kami diminta reda,” katanya.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, kelmarin.
LAPORAN Harian Metro, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia