Harian Metro

Mira Sukar tolak tawaran Michael

- DARI MUKA R25

Mira bakal bawa watak berbeza dalam projek terbaru

“Saya sudah lama tidak berlakon drama kerana fokus pada program Nona ketika ini. Oleh itu, saya sukar menolak tawaran daripada pengarah

Michael Ang untuk projek terbarunya iaitu drama bersiri 24 episod berganding­an dengan Uqasha Senrose.

“Saya tertarik kerana watak ditawarkan berbeza daripada sebelum ini. Ia juga bukan cerita adaptasi novel popular.

“Penggambar­an drama ini akan berlangsun­g Ramadan nanti,” katanya.

Mira ditemui pada majlis pelancaran perisa baru 100Plus anggur hitam yang berlangsun­g di Subang Jaya, baru-baru ini.

Selain sebagai duta 100Plus, Mira juga terbabit dengan projek mini drama 100Plus berjudul Pelangi Cinta.

“Dalam drama mini ini, saya berganding­an dengan barisan pelakon popular seperti Syafik Kyle, Hairul Azreen dan Shukri Yahya.

“Saya seronok berlakon dalam projek ini kerana dapat bekerja dengan pengarah berbakat besar Azma Aizal Yusoof. Ia akan ditayangka­n pada Mei depan,” katanya.

FOKUS PADA NONA

Sebagai hos baru program Nona di TV3, Mira semakin selesa mengendali­kan program itu sejak bersiaran hujung tahun lalu.

“Saya bersyukur apabila pengikut setia Nona mula menerima kehadiran saya. Ia juga menyuntik semangat buat saya untuk terus memberikan yang terbaik apabila rating program ini meningkat sejak saya menjadi mengacarak­annya.

“Walaupun rutin harian padat dengan penggambar­an, saya tetap puas apabila

Nona mendapat maklum balas positif daripada penonton,” katanya.

Mira berkata, dia juga terpaksa menolak beberapa tawaran mengacara kerana fokus pada program Nona ketika ini.

“Buat masa ini, saya mahu memberikan komitmen terbaik pada program Nona terlebih dulu. Saya tidak mahu tamak merebut semua tawaran mengacara dalam satu masa kerana bimbang tidak dapat memberikan komitmen seperti diharapkan,” katanya. -Ramlah Zainal

 ??  ?? Saya seronok berlakon dalam
projek ini kerana dapat bekerja dengan
pengarah berbakat besar
Azma Aizal Yusoof. Ia akan
ditayangka­n pada Mei depan
Saya seronok berlakon dalam projek ini kerana dapat bekerja dengan pengarah berbakat besar Azma Aizal Yusoof. Ia akan ditayangka­n pada Mei depan
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia