Harian Metro

Misi pasang 17 telaga pam

-

Projek amal di Kemboja hasil sumbangan warga UiTM dan orang ramai

DARI MUKA N31

Bagaimanap­un, kesusahan dilalui mereka mendapat perhatian sukarelawa­n daripada Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerusi Projek Amal TrevelogAD #dekatdihat­i di Kemboja 2018.

Projek yang dilaksanak­an pada Februari lalu itu membawa misi memasang 17 telaga pam di enam kampung di Wilayah Kampung Cham membabitka­n kos RM27,200 disertai 11 sukarelawa­n yang terdiri daripada sembilan pensyarah dan dua kakitangan pentadbira­n.

Lebih menarik, wang hasil sumbangan warga UiTM dan orang ramai yang diusahakan sukarelawa­n terbabit demi menjayakan misi berkenaan.

Timbalan Dekan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (Hal Ehwal Pelajar) UiTM Profesor Madya Alias Yussof berkata, idea dan perancanga­n projek itu dilakukan sejak setahun lalu adalah usaha murni unit kebajikan di bawah fakulti berkenaan yang dipimpin Ketua Projek Noriza Arzain dan penyelaras­nya Norfadzill­ah Ibaruslan.

Beliau berkata, mereka adalah pensyarah di fakulti terbabit yang menjadi tulang belakang kejayaan projek itu. Ia turut dilihat sebagai projek perintis untuk mendedahka­n penuntut Seni Lukis dan Seni Reka kepada aktiviti kebajikan.

“Buat permulaan, kami hanya membabitka­n pensyarah dan pada siri kedua projek bakal disertai penuntut pula.

“Kami mahu penuntut UiTM menyertai program merentasi sempadan yang tidak tertumpu dalam negara saja kerana pengalaman itu sangat penting untuk kehidupan mereka,” katanya kepada Nuansa.

Katanya, beliau tidak menyangka projek itu mendapat sambutan baik warga UiTM dan orang ramai hinggakan kutipan sumbangan diperoleh pada awalnya hanya untuk pemasangan tiga telaga tapi disebabkan jumlah kutipan meningkat, membolehka­n

17 telaga dipasang.

“Kampung ini dipilih selepas ejen yang kami lantik mengenal pasti kampung berkenaan mempunyai ramai penduduk Islam hidup dalam kemiskinan dan sukar mendapat bekalan air bersih.

“Malah di kampung ini juga ada sumber air namun mereka tidak mempunyai kemampuan untuk mendapatka­nnya kerana kos pemasangan paip terlalu tinggi,” katanya.

Alias berkata, telaga yang mempunyai kedalaman antara 20 hingga 30 meter itu dipasang kontraktor dilantik bagi membekalka­n air bersih kepada penduduk Islam di wilayah berkenaan.

Menurutnya, kampung itu sudah mempunyai telaga pam disumbangk­an pihak lain sebelum ini, tetapi ia tidak mencukupi untuk menampung keperluan penduduk yang ramai.

“Menerusi sumbangan ini, kami dapat menambahka­n lagi jumlah telaga pam sedia ada dan buat masa ini setiap satu telaga boleh dikongsi untuk kegunaan empat keluarga.

“Namun masih banyak lagi kampung di pedalaman yang tidak memiliki telaga dan mereka hanya bergantung kepada air tadahan hujan atau air tasik,” katanya.

Katanya, tidak mandi selama tiga hingga empat hari sudah menjadi perkara biasa dalam kalangan masyarakat di sana kerana sumber air begitu terhad.

Beliau berkata, projek yang sama bagi fasa kedua dijangka dilaksanak­an Julai ini dan kutipan dana sedang giat dilakukan.

“Pada masa ini kami sudah mempunyai dana untuk pembinaan tiga telaga dan masih mengumpul dana bagi tujuh telaga lagi.

“Telaga ini akan dipasang ke kampung lain di Wilayah Kampung Cham dan menyasarka­n setiap rumah mempunyai satu telaga untuk keselesaan mereka yang ketika ini perlu menggunaka­nnya secara berkongsi,” katanya.

 ??  ?? SUKARELAWA­N mencuci muka menggunaka­n air dari telaga pam.
SUKARELAWA­N mencuci muka menggunaka­n air dari telaga pam.
 ??  ?? Masih banyak lagi kampung di pedalaman yang tidak memiliki telaga dan mereka hanya bergantung kepada air tadahan hujan atau air tasik
Masih banyak lagi kampung di pedalaman yang tidak memiliki telaga dan mereka hanya bergantung kepada air tadahan hujan atau air tasik
 ??  ?? KERJA mengorek telaga menggunaka­n jentera khas.
KERJA mengorek telaga menggunaka­n jentera khas.
 ??  ?? TELAGA pam yang dipasang di rumah penduduk.
TELAGA pam yang dipasang di rumah penduduk.
 ??  ?? KONTRAKTOR menjalanka­n kerja pembinaan telaga pam.
KONTRAKTOR menjalanka­n kerja pembinaan telaga pam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia