Harian Metro

Masakan untuk acara rasmi

-

DARI MUKA N31

Program terbabit diadakan untuk menonjolka­n keunikan Orang Asli dari segi kebudayaan, kesenian dan sosiobuday­a.

Tokoh Seniman Negara Orang Asli Malaysia, Sali Bahanad berkata, makanan itu dimasak setiap kali acara rasmi dan mesti dihidangka­n kepada tetamu.

“Sementara tetamu pula perlu merasai makanan ini walaupun sedikit kerana ia adalah adat Orang Asli.

“Penyediaan makanan ini agak rumit dan kebiasaann­ya dilakukan mereka yang berpengala­man,” katanya kepada Nuansa.

Katanya, makanan itu istimewa kerana bahan yang digunakan untuk penyediaan begitu unik iaitu daun lar dan ikan daun.

“Daun lar hanya tumbuh di tepi lembah sungai dan gabungan bersama buluh ekor burung ketika memasak dapat mengelak nasi itu basi dan boleh dimakan selama empat hari.

“Ikan daun adalah spesies ikan yang semakin pupus berikutan air sungai semakin keruh akibat pembanguna­n,”katanya.

Menurutnya, haiwan itu hanya hidup dalam sungai yang airnya jernih dan berbatu di kawasan pedalaman, hanya makan pasir serta lumut batu.

“Saiznya kecil dan keenakanny­a luar biasa,” katanya yang berasal dari Perkampung­an Orang Asli Pos Lenjang, Kuala Lipis, Pahang.

Katanya, begitu juga dengan kayu yang digunakan untuk memasak dua hidangan itu bukanlah kayu biasa.

“Ia adalah kayu rempah gunung iaitu sejenis kayu berubat yang dipercayai mempunyai khasiat untuk kesihatan.

“Kayu ini juga semakin pupus dan boleh didapati di hutan simpan di Genting Highland,” katanya. -Nor ‘Asyikin Mat Hayin

 ??  ?? IKAN daun dan nasi yang dimasak dengan daun lar adalah makanan tradisiona­l Orang Asli.
IKAN daun dan nasi yang dimasak dengan daun lar adalah makanan tradisiona­l Orang Asli.
 ??  ?? SALI menunjukka­n ikan daun yang belum dipanggang.
SALI menunjukka­n ikan daun yang belum dipanggang.
 ??  ?? NASI dimasak dalam buluh selama satu jam.
NASI dimasak dalam buluh selama satu jam.
 ??  ?? BERAS dibungkus dengan daun lar sebelum dimasak dalam buluh jenis ekor burung.
BERAS dibungkus dengan daun lar sebelum dimasak dalam buluh jenis ekor burung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia