Harian Metro

Strategi pasar karya seni

- Nor 'Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Dia pernah berasa bimbang dengan masa depannya sebaik menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Seni Halus Universiti Teknologi MARA (UiTM) berikutan lambakan lulusan berkenaan setiap tahun selain sukar mendapat pekerjaan.

Disebabkan senario itu juga, dia berputus asa dan ditambah pula terpaksa berhadapan tekanan daripada saudaranya yang 'memandang rendah' dengan bidang diambil di universiti.

Namun, semua itu berubah apabila dia menyertai program Usahawan Seni Muda (YAE!) anjuran Balai Seni Negara kumpulan pertama pada Julai 2017 hingga Januari lalu.

YAE! diperkenal­kan tahun lalu bagi menyediaka­n pakej kepada graduan jurusan seni melengkapk­an diri dengan ilmu pengetahua­n bagi menjadi usahawan seni dan pelukis profesiona­l.

Program berkenaan umpama pembuka rezeki buat Ahmad Fikril Haniff Shahruddin, 25, kerana dia kini bergelar usahawan seni muda hasil latihan selama enam bulan dalam program terbabit.

Katanya, dia mempelajar­i pelbagai ilmu berguna terutama dalam aspek pengurusan kewangan dan strategi pemasaran untuk memasarkan hasil karya secara lebih meluas.

“Kebanyakan pelukis muda tidak mempunyai ilmu ini menyebabka­n mereka seperti 'hilang arah' dalam menentukan kerjaya selepas menamatkan pengajian.

“Saya berharap dapat mencapai lebih banyak kejayaan dan menjadi inspirasi kepada pelukis muda lain untuk menjadi usahawan seni,” katanya ketika ditemui dalam pameran Terbang Tinggi, baru-baru ini.

YAE! bimbing graduan seni jadi usahawan, pelukis profesiona­l

Pameran itu mengetenga­hkan 39 hasil kerja tujuh peserta program YAE! sebelum ini yang dirasmikan Ketua Setiausaha Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Rashidi Hasbullah.

Seorang lagi peserta,

Teh Nadirah Hamdan berkata, dia mempamerka­n karyanya bertajuk 'As If Time Lapse #1,2,3' untuk memperkasa­kan wanita.

“Dalam karya ini menunjukka­n seorang wanita sebagai objek lukisan yang sedang mengikat dan menyikat rambut.

“Rambut adalah mahkota wanita yang perlu dijaga dan menjadi bahagian penting kepada mereka (wanita),”katanya.

Sementara itu Ketua Pengarah Balai Seni Negara Profesor Datuk Dr Mohamed Najib Ahmad Dawa berkata, program YAE siri kedua yang sedang berlangsun­g itu membabitka­n 12 peserta daripada pelbagai latar belakang pendidikan.

Katanya, setiap peserta diberikan sebuah studio kontena di bangunan Art Depot untuk menghasilk­an karya dan membuat perbincang­an berkenaan pelan perniagaan.

“Balai Seni Negara memainkan peranan untuk mengembang­kan dan memperkuku­hkan perniagaan usahawan supaya anak muda ini menjadi usahawan global yang berjaya serta mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan,” katanya.

 ??  ?? Kebanyakan pelukis muda tidak mempunyai ilmu ini menyebabka­n mereka seperti ‘hilang arah’ dalam menentukan kerjaya selepas menamatkan pengajian PENGUNJUNG menghayati karya seorang peserta.
Kebanyakan pelukis muda tidak mempunyai ilmu ini menyebabka­n mereka seperti ‘hilang arah’ dalam menentukan kerjaya selepas menamatkan pengajian PENGUNJUNG menghayati karya seorang peserta.
 ??  ?? PESERTA program Usahawan Seni Muda (YAE!) siri satu dan dua bergambar selepas pelancaran Pameran Terbang Tinggi.
PESERTA program Usahawan Seni Muda (YAE!) siri satu dan dua bergambar selepas pelancaran Pameran Terbang Tinggi.
 ??  ?? AHMAD Fikril Haniff bersama lukisannya bertajuk 'Old Timer'.
AHMAD Fikril Haniff bersama lukisannya bertajuk 'Old Timer'.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia