Harian Metro

SELAMAT TINGGAL RAKAN HIPOKRIT!

-

Panduan kenal pasti individu talam dua muka

Satu lagi ciri individu hipokrit adalah sentiasa bercerita perihal individu sekeliling walaupun berlagak baik di hadapan mereka.

Lebih buruk lagi, apa yang diceritaka­n itu ada kalanya tidak benar dan ditokok tambah untuk menyedapka­n cerita.

Motif mereka tentunya untuk mempengaru­hi individu sekeliling meskipun tahu apa yang dilakukan itu boleh mencetuska­n perbalahan.

Jadi, cuba cari alasan untuk beredar setiap kali dia mahu memulakan gosip atau layankan saja tanpa mempercaya­i bulat-bulat apa yang diceritaka­n!

3. PURA-PURA JADI PENDENGAR SETIA

Selain gemar bercerita perihal individu sekeliling, golongan hipokrit atau talam dua muka ini juga pandai berpura-pura menjadi pendengar setia anda.

Namun, niatnya bukan untuk membantu menyelesai­kan masalah tetapi lebih kepada mahu mengetahui rahsia anda.

Jadi, ambil langkah berjaga-jaga dengan tidak bercerita semua perkara kepadanya.

Bukan bersangka buruk tetapi itu lebih baik daripada rahsia anda tersebar ke pengetahua­n orang lain!

Tidak hanya pandai bersandiwa­ra tetapi golongan sebegini juga mempunyai kelebihan lain iaitu pandai berkata-kata.

Kelebihan itu secara tidak langsung membantu mereka meyakinkan individu sekeliling dan pada masa sama menutup kelemahan diri.

Individu sebegini juga tidak kisah untuk berurusan dengan ‘musuh’ mereka asalkan matlamat untuk mencapai sesuatu tercapai.

Jadi, jangan biarkan golongan sebegini mendekati anda dan tidak rugi walaupun tiada teman sebegitu!

5. KARAKTER MUDAH BERUBAH

Bukan bermaksud mereka ada kecelaruan identiti tetapi individu jenis talam dua muka ini bijak mengubah karakter mereka mengikut keadaan.

Hinggakan anda keliru dan tidak tahu mana satu sikap sebenarnya kerana ada kalanya dia boleh jadi seperti individu yang paling senang didekati.

Pendek cerita, karakter itu akan menjadikan individu sekeliling sukar mengetahui niat di sebalik tindakanny­a.

Bagi mereka, itu lebih baik, namun anda juga perlu bijak membaca gerak-gerinya supaya tidak terus tertipu dengan sandiwaran­ya!

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia