Harian Metro

SISI LAIN ‘DARTH VADER’

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Suntik elemen tradisiona­l dalam pemakaian kostum untuk tampil berbeza

Bermula minat menonton filem Star Wars, Moe Aizat Adnan menjadi pengumpul mainan watak ikonik fiksyen berkenaan dan kini terjebak pula sebagai pemain cosplay.

Menariknya, Moe Aizat tidak memakai kostum lengkap seperti pemain cosplay lain tapi menggabung­kan pakaian dan aksesori tradisiona­l pada karakter kesukaanny­a iaitu Darth Vader.

Moe yang bekerja sebagai pengalih suara berkata, suntikan elemen tradisiona­l dalam pemakaian kostum bukan bertujuan mengubah keaslian karakter berkenaan tetapi lebih kepada cara untuk mempamerka­n kreativiti sebagai pemain cosplay.

“Pada mulanya, saya lebih cenderung mengumpul mainan tapi pertemuan dengan komuniti pengumpul menarik minat untuk mencuba sesuatu yang baru.

“Namun, saya tidak mahu terikat dengan kostum asal dan itu sebabnya cuba mengubahsu­ainya dengan memakai baju Melayu bersama tanjak dan samping untuk tampil berbeza ketika menyertai program ‘Collector’s Toy Fair Kuala Lumpur (CTFKL) siri keempat, baru-baru ini.

“Tak dinafikan ada peminat tegar karakter berkenaan mengecam tindakan saya itu,” katanya yang mendapat jolokan Hang Vader dalam kalangan rakan.

Menurut Moe, apa yang dilakukann­ya bukan bertujuan menarik perhatian tapi untuk mengekspre­sikan minat dengan cara tersendiri.

Katanya, dia berharap ia dapat memberi inspirasi kepada peminat cosplay lain supaya lebih berani melakukan sesuatu yang berbeza.

“Apabila sebut berkenaan cosplay, ada yang menganggap ia hobi yang mahal kerana perlu membelanja­kan wang untuk membeli kostum dan sebagainya.

“Sedangkan ada cara untuk aktif dengan hobi berkenaan contohnya menghasilk­an kostum berkenaan menggunaka­n bahan terbuang.

“Syaratnya, mereka perlu kreatif dan itu sebabnya saya tampil sebegini supaya lebih ramai berani melakukan perkara sama. Bagi saya, pemain cosplay boleh bebas berkarya dengan cara mereka tapi masih mengekalka­n identiti sesuatu karakter,” katanya.

Menurut Moe, buat masa ini, dia masih belum jemu untuk aktif sebagai pemain cosplay dan bukan disebabkan obses tetapi yakin dengan masa depan hobi berkenaan.

Katanya, ia terbukti apabila dia sendiri diundang ke Thailand untuk menjadi pemain cosplay untuk watak juruterban­g ‘Tie Fighter’ sempena pelancaran filem Star Wars di negara berkenaan.

“Sebenarnya, bakat pemain cosplay ini boleh diketengah­kan jika diberi ruang dan peluang untuk ke hadapan.

“Malah, saya sendiri pernah beberapa kali mendapat kepercayaa­n penganjur dari luar negara. Itu bukti hobi ini juga boleh dijadikan kerjaya sampingan.

“Jika bakat pemain cosplay luar negara diiktiraf, kita juga boleh mendapat pengiktira­fan sama sekiranya benar-benar serius,” katanya yang turut mempunyai kemahiran menghasilk­an kostum.

 ??  ??
 ??  ?? MOE menyuntik elemen tradisiona­l dalam karakter Darth Vader.
MOE menyuntik elemen tradisiona­l dalam karakter Darth Vader.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia