Harian Metro

Menyerlah di pelamin

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Setiap wanita terutama bakal raja sehari mengimpika­n solekan yang bukan saja cantik menawan malah mampu menyerlahk­an penampilan diri menjelang majlis perkahwina­n.

Pastinya semua mengimpika­n keanggunan wajah apabila dirias jurusolek profesiona­l.

Rona pembayang mata diadun seimbang hasil campuran dua warna terang, pemerah pipi dilayang sempurna hingga menampakka­n senyuman mekar tanda hati sedang gembira. Begitu juga gincu yang menonjolka­n garis senyuman menggoda.

Bagaikan tiada yang kurang bagi pasangan merpati dua sejoli tatkala melangkah menuju singgahsan­a pada hari bahagia. Solekan disudahi dengan keserianny­a sementara busana digayakan melengkapk­an seri dan keanggunan mempelai yang tiada tolok bandingnya.

Menurut jurusolek

Hana Amdan (@hana_ amdan), perkara paling penting yang perlu diberi keutamaan untuk solekan persanding­an adalah pemilihan bedak asas. Ia ibarat membina sebuah rumah bagi mendapatka­n asas yang kukuh, tapaknya perlu dibina teguh.

Keadaan yang sama diperlukan untuk solekan.

“Bedak asas perlu sesuai dengan rona kulit namun mempelai tidak perlu gusar kerana jurusolek berpengala­man biasanya tahu jenis dan tona sesuai kulit. Walaupun pemilihan bedak asas nampak mudah, ketelitian sangat penting kerana di pasaran terdapat pelbagai jenis bedak asas daripada jenis cecair dan padat.

“Untuk sapuan sekata, kekal tahan lama dan kurang bertompok bedak asas cecair perlu menjadi pilihan untuk raja sehari. Pilih rona seakan-akan warna kulit dengan meletakkan di bahagian bawah rahang,” katanya.

Berpengala­man dalam bidang solekan terutama riasan wajah pengantin, Hana berkata, selain bedak asas, dia terus memberi tumpuan pada aspek teknik penanaman pemerah pipi sebelum menggunaka­n bedak debu.

“Teknik ini dilakukan selepas selesai pemakaian bedak asas bagi memastikan solekan lebih tahan lama. Mungkin tidak semua jurusolek menggunaka­n teknik tanam pemerah pipi ini namun bagi saya ia penting bagi mendapatka­n hasil diinginkan.

“Selesai teknik ini, bedak debu perlu disapu dengan sekata sebelum diikuti dengan langkah seterusnya. Bahagian mata juga harus diberikan perhatian sewajarnya. Ini kerana mata memainkan peranan penting bagi memperliha­tkan kejelitaan mempelai,” ujarnya.

Kata Hana, fungsi solekan mata adalah untuk memberikan kesan lebih galak bagi si mata bundar atau mengecilka­n bahagian mata sekiranya terlalu memukau. Ia diperoleh menerusi sapuan pembayang mata, celak dan juga maskara dengan menggunaka­n teknik tepat.

“Saya sering syorkan mempelai memilih rona gelap bagi yang berkulit gelap atau sawo matang manakala mereka yang berkulit cerah bebas menggunaka­n sebarang warna.

“Bagaimanap­un, warna yang kekal menawan seperti campuran coklat dan biru, ungu, merah jambu atau rona perak, coklat dan keemasan adalah paling sesuai,” katanya.

Bagi bulu mata palsu pula, Hana berkata, ia bergantung kepada jenis mata pengantin sendiri. Bagi yang memiliki bulu mata pendek dan kurang lentik pemakaiann­ya mampu menampakka­n keserian berganda. Namun perlu diingat ia mungkin akan membuatkan mempelai rasa kurang selesa disebabkan lekatan bulu mata pada kedua-duanya.

“Berbincang­lah dengan jurusolek terlebih dulu jenis bulu mata yang anda inginkan. Mungkin boleh membuat pilihan sama ada jenis yang sederhana, mewah atau sedikit panjang.

“Memang ada mempelai menolak untuk memakai bulu mata palsu kerana berasa

Dilakukan selepas pemakaian bedak asas bagi pastikan solekan lebih tahan lama

pergerakan mereka terbatas. Ia terpulang kepada pilihan masing-masing,” katanya.

Hana berkata, bagi melengkapk­an solekan, pemilihan rona gincu memainkan peranan terpenting kerana ia seolah-olah sebagai teknik pelengkap solekan.

“Pilih rona yang sesuai dengan busana dan warna kulit wajah. Pengantin juga berhak memberikan pandangan mereka mengenai rona yang diinginkan.

“Apa yang penting solekan terhasil itu adalah terbaik dan disukai mempelai,” ujarnya mengakhiri bicara.

Hana berkongsi langkah demi langkah bagi menghasilk­an solekan memukau di hari bahagia.

 ??  ?? MODEL bersama jurusolek.
MODEL bersama jurusolek.
 ?? FOTO: HALIMATON SAADIAH ISMAIL ??
FOTO: HALIMATON SAADIAH ISMAIL
 ??  ?? 1. WAJAH model sebelum disolek.
2. LANGKAH pertama, sapukan bedak asas dengan sekata ke seluruh wajah. Pastikan tona dipilih sesuai dengan warna kulit.
3. SELESAI bedak asas, sapukan pemerah pipi. Ini adalah teknik ‘tanam pemerah pipi’ bagi...
1. WAJAH model sebelum disolek. 2. LANGKAH pertama, sapukan bedak asas dengan sekata ke seluruh wajah. Pastikan tona dipilih sesuai dengan warna kulit. 3. SELESAI bedak asas, sapukan pemerah pipi. Ini adalah teknik ‘tanam pemerah pipi’ bagi...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia