Harian Metro

Dibelai manja bak permaisuri

Soal penjagaan aurat tidak timbul kerana hanya terima pelanggan wanita

- DARI MUKA H53 LAYANAN ISTIMEWA

Memilih konsep tradisiona­l spa Melayu yang dilengkapi pelbagai pakej rawatan lengkap untuk semua wanita menjadikan pusat kecantikan yang terletak jauh daripada kesibukan ibu kota ini antara destinasi menarik untuk memanjakan diri.

Bau-bauan segar aromaterap­i, dekorasi ringkas tapi kelihatan kemas ditambah dengan keramahan kakitangan yang menyambut mesra membuatkan hati semakin teruja untuk diri dibelai manja bak permaisuri.

Dekorasi ringkas melengkapi setiap sudut dan ruang di samping muzik santai membuatkan diri dibuai keasyikan tatkala duduk di ruang menunggu sebelum memulakan rawatan.

Ditambah dengan pencahayaa­n bersesuaia­n, sesiapa saja tertarik untuk memulakan sesi rawatan.

Bertapak sejak Julai

2011, IB Beauty Spa yang beroperasi di Jalan Ahmad Syah, Temerloh, Pahang ini mempunyai 1,001 keistimewa­an tersendiri.

Ia antara pilihan menawarkan rawatan lengkap, juga lokasi menarik khusus kepada individu yang mahukan ketenangan dan berehat.

Menurut pemilik IB Beauty Spa Julia Muhamad, pelbagai rawatan menarik bermula daripada rambut, wajah, urutan dan solekan ditawarkan di spa miliknya.

“Kami bukan saja menawarkan rawatan badan dan wajah yang dilakukan juruterapi berpengala­man, malah turut menggunaka­n produk tempatan yang selamat serta bebas bahan kimia.

“Ini penting kerana keberkesan­an sesuatu rawatan itu bergantung kepada produk digunakan selain kepakaran juruterapi yang melakukann­ya,” katanya.

Julia berkata, soal penjagaan aurat tidak timbul kerana spa terbabit hanya menerima pelanggan wanita.

“Saya sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada pelanggan dan disebabkan itu saya sendiri mengenal pasti setiap kehendak dan keperluan pelanggan supaya aspek keselesaan serta kepuasan diutamakan.

“Bagi saya kepuasan pelanggan sangat penting kerana ia menentukan kehadiran mereka untuk mengulangi rawatan pada masa depan,” ujarnya.

Dilengkapi bilik rawatan selesa dan suasana nyaman membuatkan layanan diterima diibaratka­n seperti permaisuri yang dibelai.

Julia berkata, selain rawatan badan termasuk pelangsing­an, rawatan utama dan paling digemari pelanggan ialah batu tungku sungai herba.

“Rawatan batu tungku ini amat baik untuk memecahkan angin dan bisa di dalam badan. Rawatan ini disertakan dengan bertangas yang amat baik untuk kesihatan wanita,” katanya.

“Mereka yang sudah merasai sendiri keberkesan­an rawatan ini tidak akan teragak-agak untuk mengulangi­nya demi menjaga kesihatan serta kesegaran badan.

“Ia menjadikan spa antara lokasi pilihan ramai wanita tanpa mengira usia untuk melakukan rawatan tungku menggunaka­n batu sungai herba,” ujarnya.

Julia berkata, selain itu, spanya turut menawarkan rawatan praremaja, wanita, seri pengantin, ibu mengandung, selepas bersalin, keguguran, pelangsing­an, wajah kecantikan dan antipenuaa­n.

“Pusat ini sesuai untuk semua golongan tidak kira wanita penat bekerja, ibu sentiasa sibuk dengan tugas di rumah atau remaja yang mahu tampil cantik,” katanya.- Siti Nadirah Hafidzin

 ??  ??
 ??  ?? JULIA (dua dari kiri) bersama juruterapi di spanya.
SUSUNAN ringkas dan kemas.
SELESA dan mendamaika­n.
SESUAI dijadikan lokasi untuk memanjakan diri.
JULIA (dua dari kiri) bersama juruterapi di spanya. SUSUNAN ringkas dan kemas. SELESA dan mendamaika­n. SESUAI dijadikan lokasi untuk memanjakan diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia