Harian Metro

Kongsi ilmu kecantikan

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Azliana

tubuh akademi bantu wanita

tambah kemahiran

Memasang impian untuk membantu lebih ramai wanita menambah kemahiran dalam bidang kecantikan yang dapat digunakan bagi menjana pendapatan bulanan, menjadikan individu ini tekad menubuhkan akademi kecantikan sejak Februari tahun lalu.

Misi dan visinya jelas, iaitu ingin berkongsi ilmu serta kemahiran dengan wanita lain yang mempunyai minat atau keinginan berkecimpu­ng dalam bidang kecantikan.

Bagi Azliana Md Yusof yang mengusahak­an Bellenina Kuala Lumpur, idea penubuhan akademi itu tercetus selepas dia mengambil keputusan berhenti bekerja daripada sebuah syarikat kecantikan terkemuka di negara ini.

“Sejak itu, saya membuka sebuah spa dan akademi kecantikan kerana memikirkan ada baiknya saya berkongsi ilmu dalam bidang yang sudah diceburi lebih 12 tahun ini.

“Syukur, keputusan yang dilakukan ini adalah pilihan tepat dan akademi kecantikan saya menerima sambutan memberangs­angkan daripada individu yang mahu menimba ilmu sebelum memulakan perniagaan mereka,” katanya.

Menurut Azliana, antara kursus ditawarkan adalah Kursus Asas Spa & Mobil Spa, Kursus Lanjutan Jerawat, Kursus Lanjutan Totok Wajah, Kursus Lanjutan Dermapen Micro Needle, Kursus Resdung, Kursus Menicure & Pedicure, Kursus Spa Tangan & Kaki dan Kursus Lentik Bulu Mata.

“Empat kursus yang menjadi pilihan ramai adalah Kursus Asas Spa, Kursus Lanjutan Dermapen, Kursus Lanjutan Jerawat dan Kursus Lentik Bulu Mata. Saya mengajar secara peribadi kepada setiap peserta kursus yang mengambil masa dua jam hingga 10 jam.

“Bagi soal harga pula, kursus ditawarkan bermula RM250 hingga RM700 bergantung kepada kursus yang dipilih kerana setiap teori dan amali yang diajar itu berbeza,” katanya.

Kata Azliana, dia juga tidak mengenakan sebarang syarat penyertaan asalkan peserta mempunyai minat mendalam dalam bidang kecantikan serta mahu menimba ilmu untuk menjana pendapatan diri.

“Syukur, sambutan diterima menggalakk­an dan peserta yang menyertai akademi ini bukan saja dari sekitar ibu kota malah ada yang datang dari Pulau Pinang, Terengganu, Johor, Kedah dan Perak juga dari negara jiran, Brunei serta Singapura.

“Saya lebih memberi penekanan mengenai aspek latihan amali di mana peserta akan diajar secara terperinci mengenai kursus diambil supaya mereka dapat mempraktik­kan di luar sana,” ujarnya.

BIDANG KECANTIKAN SUMBER PENDAPATAN

Mengakui bidang diceburi banyak membantu dirinya dalam menjana pendapatan diri, Azliana berkata, dia mahu golongan wanita kini lebih bergerak aktif dengan menceburi bidang diminati.

“Hakikat yang tidak dapat disangkal bahawa bidang ini mampu memberi pulangan lumayan kepada individu rajin.

“Atas sebab itu juga saya menggalakk­an wanita untuk mempunyai ilmu dan kemahiran dalam bidang ini bagi memastikan diri tidak ketinggala­n serta digunakan sebaik mungkin untuk menjana pendapatan,” katanya.

Azliana berkata, dalam kursus ditawarkan, dia menjanjika­n setiap peserta akan memahami semua penerangan serta latihan amali yang diajar sebaik selesai kursus.

“Ini kursus singkat namun saya yakin peserta dapat memahami setiap penerangan dan tunjuk ajar yang diberikan kerana saya mengadakan kelas secara peribadi atau dalam jumlah peserta tidak terlalu ramai.

“Kebiasaann­ya saya dan peserta akan berbincang berkenaan tarikh dan masa yang sesuai sebelum kelas diadakan dan apa yang saya pentingkan adalah ilmu dan kemahiran yang mereka peroleh daripada akademi ini,” ujarnya.

Katanya, dia mengharapk­an dapat menyumbang serta berkongsi ilmu dengan setiap peserta seterusnya digunakan sebaik mungkin untuk memajukan diri dalam bidang ini.

 ??  ?? SELAIN latihan amali, Azliana turut memberikan penerangan kepada
peserta.
SELAIN latihan amali, Azliana turut memberikan penerangan kepada peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia