Harian Metro

Mahu hamil tahun ini

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Anzalna hanya terima tawaran jayakan telefilem, banyak habiskan masa di rumah

Lebih dua tahun mendirikan rumah tangga dengan

Hanif Zaki, aktres

Anzalna Nasir mengakui banyak menghabisk­an masa di rumah dan memperlaha­nkan karier lakonan.

Kata Anzalna, jika tahun lalu dia terbabit dengan penggambar­an 100 episod, kali ini dia perlu lebih memilih.

“Tahun lalu, saya membintang­i drama Dendam Aurora yang bersiaran di Astro Prima.

“Jadi pada tahun ini, saya cenderung untuk menerima tawaran menjayakan telefilem kerana penggambar­an tidak ambil masa lama.

“Buat masa ini, saya banyak berehat dan menghabisk­an masa di rumah,”katanya.

Kata Anzalna, dia nekad berehat seketika kerana merancang mahu hamil tahun ini.

“Doakan yang baikbaik agar saya dan suami dikurniaka­n cahaya mata.

“Sebenarnya tahun lalu saya sudah bersedia untuk jadi ibu tetapi belum ada rezeki. Jadi, kali ini saya mahu berehat dan bercuti bersama suami,” katanya.

Tiada angin tiada ribut tiba-tiba timbul khabar angin mengatakan pelakon ini berbadan dua.

Anzalna ketika ditemui di butik Tous berkata, dia masih menantikan detik terindah itu.

“Gara-gara berat badan naik, ramai orang ingat saya hamil.

“Macam mana badan tak naik kalau hati gembira dan banyak berehat di rumah?,” katanya seraya ketawa.

Menurut Anzalna,

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia