Harian Metro

Pentas terbaik pamer teknologi

- Mohd Fauzi Abdullah, Mohd Azam Shah Yaacob dan Kalbana Perimbanay­agam cnews@nstp.com.my

 Persidanga­n bincang keselamata­n, ancaman keganasan

“Kejayaan Malaysia menganjurk­an Persidanga­n Perkhidmat­an Pertahanan Asia 2018 (DSA 2018) serta Pameran Perkhidmat­an Kebangsaan Asia (NATSEC) 2018 amat membanggak­an dan wajar dipuji,” ujar Menteri Pertahanan dan Industri Aeroangkas­a Kazakhstan Beibut Atamkulov ketika ditemui di ruang pameran DSA dan NATSEC semalam.

Menurutnya, pameran berlangsun­g selama empat hari di Pusat Pameran dan Perdaganga­n Antarabang­sa Malaysia (MITEC) di sini, disifatkan luar biasa apabila berjaya mengumpulk­an 1,500 pempamer dari 60 negara.

“Pameran itu menghimpun­kan pelbagai teknologi dan kelengkapa­n keselamata­n serta pertahanan terkini dari pelbagai negara sesuai dengan cabaran dan keperluan semasa.

“Pameran ini sekali gus membuktika­n ekonomi Malaysia yang kukuh dan berkembang. Saya dapat berkongsi pengetahua­n dan pada masa sama berpeluang melihat aset pertahanan terbaru,” katanya.

Sementara itu

Menteri Pertahanan II Brunei Pehin Datu Lailaraja Dato Paduka Seri Awang Halbi Mohd Yussof berkata, DSA dan NATSEC 2018 adalah pentas terbaik untuk berinterak­si dan berbincang mengenai aspek keselamata­n serta ancaman khususnya di rantau Asia.

Menurutnya, kejayaan Malaysia menganjurk­an acara itu yang memasuki hari kedua semalam membolehka­n pihaknya bertukar pandangan mengenai cabaran pertahanan dan keselamata­n pada masa kini.

Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen berkata, menerusi pameran itu hubungan bilateral antara Singapura dan Malaysia terutama dalam konteks pertahanan dapat diperkukuh.

“Paling utama kebaikan persidanga­n dan pameran ini adalah wakil setiap negara yang terbabit dapat duduk semeja dan berbincang.

“Malah dalam perbincang­an saya dan Datuk Seri Hishammudd­in Hussein (Menteri Pertahanan) pada hari ini (semalam), pelbagai inisiatif dicadang serta dibincangk­an.

“Beliau sendiri (Hishammudd­in) memaklumka­n ingin melihat pertalian erat dapat dijalin antara Singapura dan Malaysia khususnya dalam mengekang ancaman keganasan yang menular di rantau Asia Tenggara,” katanya kepada wakil media selepas menutup Rundingan Meja Bulat Panglima-Panglima Tentera Darat yang disertai 19 negara sempena DSA dan NATSEC 2018, di sini, semalam.

 ??  ?? HISHAMMUDD­IN menaiki kenderaan Weststar Rapid Ranger yang dipamerkan sempena DSA dan NATSEC 2018 di MITEC, Kuala Lumpur, semalam.
HISHAMMUDD­IN menaiki kenderaan Weststar Rapid Ranger yang dipamerkan sempena DSA dan NATSEC 2018 di MITEC, Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ?? DR Ahmad Zahid meluangkan masa melawat pameran DSA dan NATSEC 2018, semalam.
DR Ahmad Zahid meluangkan masa melawat pameran DSA dan NATSEC 2018, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia