Harian Metro

Kemuka 14 kemeja-T mewah di mahkamah

-

Kuala Lumpur: Sebanyak 14 helai kemeja-T berjenama Louis Vuitton antara 36 helai baju dirampas dari rumah bekas Setiausaha Bahagian Kewangan Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) Otman Arsahd dikemukaka­n di Mahkamah Sesyen di sini.

Semua itu adalah barang bukti dikemukaka­n kepada mahkamah melalui saksi ke-49 Ketua Penolong Kanan Penguasa Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Asmawi Kulup Lam, 37.

Selain itu, dua helai seluar termasuk salah satunya yang masih mempunyai tanda harga RM4,890 berjenama Giorgio Armani turut dikemukaka­n untuk ditandakan sebagai bukti.

Mahkamah semalam menyaksika­n baju pelbagai jenama mewah antaranya Gucci, Ralph Lauren, Kenzo, Dolce&Gabbana dikemukaka­n di hadapan Hakim Azura Alwi.

Selain itu tiga telefon bimbit termasuk satu berjenama Vertu dan Blackberry Porsche dikemukaka­n kepada mahkamah.

Asmawi ada memaklumka­n komputer riba milik Otman kini berada di unit Forensik SPRM.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Husmarudin Husin dan Aaron Chelliah.

Otman dibicaraka­n selepas mengaku tidak bersalah terhadap 32 pertuduhan menyalah guna kedudukan dan membuat tuntutan palsu bernilai RM38.4 juta di pejabat MSN, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, antara 2 Mei 2012 hingga 18 November 2015.

Otman didakwa bersama ahli perniagaan Siti Rohanah Hussien, 43, dan suaminya Abdul Gafar Abdurahima­n, 43, atas 190 pertuduhan membabitka­n aktiviti pengubahan wang haram RM16.63 juta, empat tahun lalu.

Prosiding bersambung hari ini.

 ??  ?? OTMAN
OTMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia