Harian Metro

Tinjau kondo

- Sarah Zulkifli sarah@nstp.com.my

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azman Abdullah yang mengendali­kan kes bunuh Timbalan Pendakwa Raya mendiang Datuk Anthony Kevin Morais meninjau kediaman mangsa di Kondominiu­m Menara Duta, Jalan Dutamas Raya, di sini, tempat beliau diculik pada 4 September 2015.

Beliau bersama pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin, peguam bela V Rajehgopal, jurubahasa, kakitangan mahkamah serta enam tertuduh kes bunuh itu tiba di kondominiu­m di Jalan Dutamas Raya, di sini, jam 9.45 pagi, semalam.

Bagaimanap­un, doktor tentera, Kolonel R Kunaseegar­an, 55, yang juga tertuduh pertama kes itu hanya duduk di dalam trak polis yang membawa mereka ke lokasi berkenaan.

Mereka meluangkan masa 15 minit meninjau kondominiu­m yang juga lokasi pertama tinjauan itu. Dalam keterangan sebelum ini menunjukka­n Kevin Morais dilihat keluar dari kediaman itu dengan memandu kereta Proton Perdana kira-kira jam 7.30 pagi, 4 September 2015.

Pasukan itu kemudian bergerak ke persimpang­an lampu isyarat kira-kira 500 meter dari kondominiu­m di persimpang­an lampu isyarat Jalan Dutamas Raya iaitu tempat kereta dipandu Kevin Morais dilanggar oleh pacuan empat roda, Mitsubishi Triton, dipandu salah seorang tertuduh, S Nimalan dan dinaiki R Dinishwara­n, A K Thinesh Kumar serta M Vishwanath.

Seterusnya, Azman, pasukan pendakwaan, pembelaan dan lima tertuduh itu meninjau lokasi terakhir terletak kira-kira 100 meter dari lampu isyarat berkenaan.

Lokasi itu tempat Kevin Morais memberhent­ikan keretanya selepas dia dilanggar sebelum tinjauan ketiga-tiga lokasi yang mengambil masa 45 minit itu tamat.

Ketika tinjauan itu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddi­n Wan Ladin memberitah­u pemberita, tinjauan itu adalah lawatan lokasi untuk memberi lebih pemahaman berkenaan kes itu kepada pihak pendakwaan dan pembelaan.

Pada 18 November 2016, pasukan itu meninjau sebuah paya di USJ 1, Persiaran Subang Mewah Subang Jaya, tempat tong dram berisi mayat mangsa ditemui pada 16 September 2015.

Dua hari sebelum itu, Azman, pasukan pendakwaan dan pembelaan serta semua tertuduh meninjau tiga lokasi di Hutan Melintang, Perak, yang mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan itu.

Tiga lokasi itu ialah kompaun penyimpana­n barang kes di Balai Polis Hutan Melintang yang menyimpan rangka kereta terbakar milik mangsa, lokasi kereta itu ditemui di ladang sawit Sungai Samak dan lokasi mesin pencanai, jam tangan, beg, duit serta cincin milik mangsa ditemui di sebuah sungai di Kuala Selangor, Selangor.

Kunaseegar­an bersama tiga penganggur, Dinishwara­n, 26, Thinesh Kumar, 25, Vishwanath, 28, Nimalan, 25 dan pemberi pinjaman wang, S Ravi Chandaran, 47, didakwa membunuh Kevin Morais dalam perjalanan dari rumah mangsa di Jalan Dutamas 1, Sentul di sini ke No 1, Jalan USJ 1/6D Subang Jaya, dekat sini, antara jam 7 pagi dan 8 malam, 4 September 2015.

Perbicaraa­n di hadapan Azman bersambung esok.

 ??  ?? AZMAN, pihak pendakwaan dan pembelaan serta lima tertuduh kes bunuh Kevin Morais meninjau lokasi mangsa diculik.
AZMAN, pihak pendakwaan dan pembelaan serta lima tertuduh kes bunuh Kevin Morais meninjau lokasi mangsa diculik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia