Harian Metro

UNJUR RM6 BILION

- Lidiana Rosli bisnes@nstp.com.my

 MBSB Bank cadang salur pembiayaan rumah mampu milik

MBSB Bank Bhd yang baru ditubuhkan menyasarka­n untuk menyalurka­n sehingga RM6 bilion pembiayaan rumah mampu milik tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Seri Ahmad Zaini Othman berkata, sasaran berkenaan akan mengukuhka­n kedudukan bank itu bagi tempoh tiga tahun akan datang.

“Sebahagian besar portfolio kami sebelum menjadi bank sentiasa mengutamak­an pembanguna­n dan perumahan mampu milik, dan itu tidak akan berubah selepas kami menjadi sebuah bank penuh.

“Setakat ini, MBSB merekodkan pembiayaan rumah mampu milik antara RM5 bilion dan RM6 bilion tahun ini dan ia akan mengukuhka­n kedudukan kami untuk tiga tahun akan datang,” katanya.

Sehingga kini, MBSB Bank membiayai RM4.5 bilion projek perumahan mampu milik oleh kerajaan, antaranya Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PP1M) bernilai RM2 bilion, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bernilai RM1.6 bilion dan Rumah Wilayah Persekutua­n (RUMAWIP) bernilai RM900 juta.

Pengambila­lihan bank Asia Finance Bank Bhd bulan lalu menjadikan­nya bank Islam penuh dengan asas yang lebih besar iaitu RM47.81 bilion. “Dengan status baru ini, kami sedang melancarka­n lebih banyak produk patuh syariah pada masa hadapan,” katanya.

MBSB Bank juga memperuntu­kkan RM250 juta untuk menaik taraf sistem perbankan utamanya dengan melancarka­n penyelesai­an teknologi kewangan (fintech) pada suku ketiga tahun ini.

Terdahulu, Ahmad Zaini bersama Ketua Pegawai Eksekutif Cagamas SRP Bhd, Datuk Chung Chee Leong menandatan­gani perjanjian kerjasama dua hala bagi Program Jaminan Mortgage (MGP) Cagamas dan penyertaan MBSB menerusi Skim Rumah Pertamaku.

MBSB Bank akan membiayai jaminan Cagamas untuk ketiga-tiga projek rumah mampu milik yang disokong kerajaan yang kini mempunyai nilai pembanguna­n kasar kolektif RM9.61 bilion.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia