Harian Metro

Lahir 105 vendor Jaguh Serantau

TM komited bangun syarikat tempatan menerusi BCVDP

- Nurhayati Abllah nurhayatia­bllah@nstp.com.my

Telekom Malaysia Bhd (TM) komited melahirkan lebih ramai syarikat berstatus ‘Jaguh Serantau’ dalam kalangan vendor tempatan menerusi Program Pembanguna­n Vendor Bumiputera (BVDP), tahun ini.

Peneraju konvergens negara dan penyedia perkhidmat­an komunikasi berintegra­si pertama di Malaysia itu optimis usaha berkenaan dapat dilaksanak­an menerusi kerjasama vendor dengan syarikat tempatan dan organisasi antarabang­sa.

Ketua Pegawai Perolehan Kumpulan TM Mohamad Mohamad Zain berkata, pelaksanaa­n TM BVDP yang ditubuhkan pada 1993 adalah untuk memastikan vendor TM khususnya vendor Bumiputera bergerak selari bersama visi dan strategi perniagaan TM di samping menyesuaik­an diri dengan persekitar­an perniagaan yang mencabar.

“Setakat ini, lebih 400 vendor dilengkapk­an dengan latihan dan pembanguna­n, program peningkata­n kemahiran serta akses kepada pasaran.

“Buat masa ini, 105 vendor menyertai program ini dan di bawah ekosistem TM BVDP, ia mewujudkan lebih 8,000 peluang pekerjaan,” katanya pada taklimat media Program Pembanguna­n Vendor Bumiputera (PPVB), Pencapaian Agenda Pemerkasaa­n Bumiputera dan Jaguh Nasional di sini, semalam.

Mohamad berkata, menerusi program berkenaan, TM mengagihka­n hampir RM7 bilion nilai kumulatif kontrak kepada vendor Bumiputera di negara ini bermula 2014 hingga 2017.

Bagi tempoh sama katanya, lebih RM2 bilion nilai pendapatan dikumpulka­n vendor terbabit dalam program itu.

Beliau berkata, mulai 2014, TM BVDP terus dipertingk­atkan dengan kolaborasi berterusan dan sokongan daripada Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) yang menubuhkan program lebih berstruktu­r dan peruntukan dana khas di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11).

“Sejumlah RM60 juta diperuntuk­an kepada Program Pembanguna­n dan Pemerkasaa­n Vendor (PPPV).

“Dengan matlamat kami untuk melahirkan Jaguh Korporat di peringkat nasional, serantau dan global, adalah penting bagi TM dan syarikat berkepenti­ngan kerajaan (GLC) saling bekerjasam­a demi pembanguna­n vendor Bumiputera,” katanya.

Lebih 400 vendor dilengkapk­an dengan latihan dan pembanguna­n, program peningkata­n kemahiran serta akses kepada pasaran.

Buat masa ini, 105 vendor menyertai program ini di bawah ekosistem TM BVDP”

Mohamad

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia