Harian Metro

Tambah 20 rakan dagang kad kredit

-

Kuala Lumpur: RHB Banking Group (RHB Bank) akan menambah bilangan rakan dagang kad kreditnya kepada 20 berbanding 11 sekarang tahun ini.

Pengarah Urusannya Datuk Khairussal­eh Ramli berkata, pihaknya komited memastikan pemegang kad kredit RHB Bank memperoleh manfaat daripada perkhidmat­an disediakan.

Katanya, RHB Bank turut menawarkan pelan istimewa khas untuk pembelian basikal kepada pemegang kad kredit.

“Pelan ini baru diperkenal­kan awal 2018 dan maklum balas diterima sangat menggalakk­an.

“Mereka yang ingin memiliki basikal pada nilai RM50,000 kini boleh menggunaka­n kad kredit RHB Bank untuk membelinya secara ansuran,” katanya pada sidang media RHB Shimano Highway Ride @ LEKAS 2018 di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif IJM Corporatio­n Berhad, Datuk Soam Heng Choon, Pembantu Pengarah Shimano Pte Ltd, Eugene Koh dan Timbalan Pengarah Urusan LEKAS, Lee Chun Fai.

Peminat sukan berbasikal kompetitif tempatan boleh menyertai saingan RHB Shimano Highway Ride @ LEKAS 2018 perlumbaan berbasikal pertama kali dianjurkan pada waktu malam di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS) E21.

Perlumbaan ini mendapat kerjasama RHB Bank, Shimano Singapore Pte Ltd dan Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn Bhd serta akan diadakan pada 18 Ogos 2018.

Lebih 4,000 peserta daripada pelbagai peringkat usia dijangka mengambil bahagian pada perlumbaan kali ini yang menampilka­n laluan sejauh 120 kilometer (km), 17 km dan 12 km.

 ??  ?? KHAIRUSSAL­EH
KHAIRUSSAL­EH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia