Harian Metro

AMUKAN BERAHI BAWA MAUT

- Daily Mail

 Tendang mangsa bertubi-tubi enggan tidur bersama

Seorang lelaki warga Britain bertindak kejam apabila menendang isterinya hingga mati selepas mengesyaki wanita itu curang kerana enggan mengadakan hubungan seks.

Kevin Smitham, 51, dilaporkan membunuh isterinya yang juga warga tempatan, Kanda Smitham, 29, di rumah keluarga wanita itu di sini pada pagi Ahad lalu.

Jurucakap polis, Watcharapo­l Pimwong berkata, pasangan berkenaan tinggal di Pattaya dan pulang ke rumah keluarga wanita itu sempena cuti perayaan Songkran.

Kevin ketika disoal siasat polis memberitah­u dia tidak berniat untuk membunuh isterinya.

Katanya, pada malam kejadian dia bersama isterinya meminum bir hingga lewat malam.

“Sebelum tidur Kevin mahu mengadakan hubungan seks tetapi ditolak isterinya menyebabka­n lelaki itu berang dan menuduh mangsa curang dengan lelaki lain.

“Kerana terlalu marah Kevin menendang badan dan muka isterinya beberapa kali. Wanita itu cuba melarikan diri tetapi rebah di hadapan rumah.

“Kevin yang melihat isterinya terbaring menutup badan mangsa yang separuh bogel dengan selimut sebelum dia tidur di dalam bilik,” katanya.

Menurutnya, pada keesokan paginya, jiran terkejut apabila melihat mayat wanita itu terbaring di hadapan dan segera menghubung­i polis.

“Siasatan awal mendapati badan dan muka mangsa penuh dengan kesan lebam akibat dipukul.

“Suami mangsa ditahan kerana disyaki membunuh isterinya dan lelaki itu akan didakwa atas tuduhan membunuh,” jelasnya.

 ??  ?? POLIS merakamkan gambar mayat Kanda yang ditemui ditutup dengan selimut di hadapan rumah keluargany­a di Ubon Ratchathan­i, Thailand. - ViralPress
POLIS merakamkan gambar mayat Kanda yang ditemui ditutup dengan selimut di hadapan rumah keluargany­a di Ubon Ratchathan­i, Thailand. - ViralPress
 ??  ?? KEVIN Smitham bersama isterinya, Kanda. - ViralPress
KEVIN Smitham bersama isterinya, Kanda. - ViralPress
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia