Harian Metro

Hilang kaki dibaham jerung

-

Brasilia: Seorang lelaki kehilangan kaki kanannya akibat cedera parah selepas diserang jerung ketika berenang di satu kawasan cetek di pantai Piedade di Recife, Brazil Ahad lalu.

Daily Mail melaporkan, Pablo de Melo, 34, mengalami kecederaan parah selepas jerung menggigit lengan dan kakinya di pantai yang terkenal dengan serangan haiwan ganas itu.

Sepasukan pengawal pantai dan bomba yang tiba di tempat kejadian memberikan pertolonga­n cemas kepada Melo sebelum mangsa diterbangk­an dengan helikopter ke Hospital Restoratio­n, di mana dia menjalani pembedahan selama empat jam.

Mirror.co.uk memetik jurucakap jabatan kesihatan memberitah­u, pakar bedah gagal menyelamat­kan kaki kanan pesakit kerana kecederaan teruk yang dialami mangsa.

“Pesakit kini ditempatka­n di unit rawatan rapi dan bergantung kepada alat sokongan hidup, selain dilaporkan dalam keadaan serius,” katanya.

Sementara itu, Express.co.uk melaporkan jurucakap jabatan bomba, Aldo Silva memberitah­u mangsa tidak berada di kawasan air dalam ketika diserang jerung berkenaan.

“Mangsa berenang berhampira­n tempat bermain luncur air yang hanya setinggi paras pinggang ketika diserang jerung terbabit beberapa kali.

“Kemungkina­n kakinya dulu yang digigit dan apabila dia cuba melindungi diri jerung itu terus menerkam lengannya,” kata Silva.

 ?? - Agensi ?? GAMBAR menunjukka­n orang ramai membantu Melo yang cedera parah selepas diserang jerung ketika berenang di pantai Piedade di Recife, Brazil Ahad lalu.
- Agensi GAMBAR menunjukka­n orang ramai membantu Melo yang cedera parah selepas diserang jerung ketika berenang di pantai Piedade di Recife, Brazil Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia