Harian Metro

Bekas jantung permaisuri Perancis dicuri

-

Paris: Sebuah bekas emas bujur yang mengandung­i jantung permaisuri Perancis pada abad ke-15 dan 16, dilarikan pencuri yang memecah masuk Muzium Thomas-Dobree di Nantes, Perancis, minggu lalu.

Bekas emas seberat 100 gram itu dibuat khas untuk Anne of Britanny yang pernah menjadi permaisuri Perancis sebanyak dua kali.

Pencuri berkenaan dikatakan memecahkan cermin tingkap di rumah artifak dan berjaya melarikan diri walaupun penggera berbunyi.

Presiden Loire-Atlantique di pantai barat Perancis, Philippe Grosvalet berkata, pencuri itu menyerang warisan negara dan mengambil barang yang tidak ternilai harganya.

“Ia lebih daripada simbol kerana bekas itu mengandung­i jantung permaisuri Perancis yang menjadi milik kepada sejarah kita.

“Jika mereka mencurinya disebabkan ia berkilau dan diperbuat daripada emas, mereka sepatutnya faham nilai sejarah dan simbolnya jauh melebihi 100 gram emas,” katanya.

Jantung Anne dipamerkan di muzium berkenaan sejak lebih 130 tahun lalu dan terselamat daripada dicairkan ketika kebangkita­n Revolusi Perancis pada 1789.

Kali pertama Anne ditabalkan sebagai permaisuri adalah pada 1491 hingga 1498 ketika dia berkahwin dengan Raja Charles VIII.

Dia sekali lagi ditabalkan sebagai permaisuri apabila berkahwin dengan Raja Louis XII selepas kematian suami pertamanya pada 1498.

Anne meninggal dunia pada 1541 pada usia 36 tahun sebelum disemadika­n di Saint Denis berhampira­n Paris namun jantungnya disimpan di makam keluargany­a di Nantes sebagai simbol kesetiaan kepada Britanny.

 ?? - AFP ?? BEKAS emas mengandung­i jantung Permaisuri Perancis, Anne of Britanny yang hilang selepas dilarikan pencuri di sebuah muzium di Nantes pada minggu lalu.
- AFP BEKAS emas mengandung­i jantung Permaisuri Perancis, Anne of Britanny yang hilang selepas dilarikan pencuri di sebuah muzium di Nantes pada minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia