Harian Metro

Penyakit misteri serang diplomat Kanada

-

Ottawa: Kanada memutuskan membawa pulang keluarga diplomatny­a di Cuba selepas setahun siasatan penyakit misteri menyelubun­gi pegawai negara itu, malah Amerika Syarikat juga gagal mencari puncanya.

Jumlah diplomat dan ahli keluarga mereka terbabit dengan penyakit misteri itu meningkat daripada lapan kepada 10 orang.

Menurut kenyataan kerajaan Kanada, punca penyakit itu masih tidak diketahui, namun ia mungkin perbuatan manusia.

“Urusan sudah dibuat untuk membawa pulang kakitangan diplomatik dan keluarga mereka ke Kanada beberapa minggu lagi,” kata kenyataan itu.

Operasi biasa kedutaan akan diteruskan dan kerajaan Kanada yakin tiada risiko kepada pelancong negara itu di Cuba.

Pihak berkuasa Kanada dan Amerika sebelum ini mengesyaki ‘serangan sonik’ atau ‘insiden psikosomat­ik besar-besaran’ menjurus kepada ketegangan meningkat diplomatik antara Washington dan Cuba, namun ia kini dianggap mustahil.

Doktor Amerika dan pihak berkuasa mengesyaki ‘ia kecederaan jenis baru otak’ seperti dikesan pakar kesihatan di Universiti Pennsylvan­ia yang merawat 21 diplomat Amerika yang disiarkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika (AMA), Februari lalu.

Mangsa pening, sakit kepala dan kekurangan keupayaan untuk memberi tumpuan.

Mereka yang terbabit termasuk kakitangan hal ehwal global, imigresen dan pertahanan di kedutaan serta ahli keluarga.

Penilaian alam pada Mac lalu terhadap kediaman kakitangan diplomatik, termasuk ujian udara dan air tidak menunjukka­n sesuatu yang mungkin menjadi puncanya.

Laporan terbaru media Amerika menyatakan ejen Biro Siasatan Persekutua­n (FBI) yang dihantar ke Havana tidak menemui sebarang bukti bagi menyokong teori senjata akustik atau sonik. -AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia