Harian Metro

Misil kalis radar hentam Syria

- Agensi

 Amerika Syarikat guna senjata termoden serang sasaran termasuk peluru berpandu JASSM

Amerika Syarikat menggunaka­n senjata termodenny­a ketika menyerang sasaran di Syria minggu ini, termasuk peluru berpandu JASSM yang tepat dalam lingkungan tiga meter.

JASSM yang tidak pernah digunakan dalam operasi ketenteraa­n Amerika sebelum ini, boleh dilancarka­n pada jarak 925 kilometer dari sasaran dengan kelajuan subsonic membolehka­n pesawat pelancar terlindung daripada ancaman musuh.

Menurut laporan Aviation Week, peluru berpandu JASSM keluaran Lockheed Martin itu juga kalis radar menjadikan ia sukar dikesan sistem pertahanan udara bagi memintasny­a walaupun oleh sistem S-400 termoden Russia yang ditempatka­n di Syria.

Peluru berpandu itu berada dalam simpanan senjata tentera Amerika sejak 2014, namun tidak pernah ditembak sebelum ini, menjadikan Syria medan percubaan pertama peluru berpandu berkenaan dalam perang.

Dalam serangan di Syria minggu ini, pesawat pengebom B-1B membedil 19 peluru berpandu JASSM-ER dari Laut Mediterran­ean terhadap kompleks Pusat Penyelidik­an dan Pembanguna­n di Barzah, dekat Damsyik.

Keseluruha­n, Amerika membedil 85 peluru berpandu, termasuk Tomahawk, menggunaka­n tiga kapal pemusnah, sebuah kapal selam dan pesawat pengebom B1-B.

Satu peluru berpandu JASSM-ER berharga AS$1.4 juta, bermakna kos membedil 19 peluru berpandu itu terhadap sasaran di Syria ialah AS$27 juta.

Sistem imej sinar inframerah membolehka­nnya mengenai sasaran dengan tepat, dalam lingkungan tiga meter.

Ia dilengkapi sistem pandu arah dalam dan sistem pandu arah kedudukan global bagi mencari sasaran sebelum pengesan sinar inframerah menetapkan ketepatan.

Pusat Penyelidik­an dan Pembanguna­n di Barzah yang menjadi sasaran utama, dimusnahka­n sepenuhnya oleh 57 Tomahawk dan 19 JASSM selain beberapa peluru berpandu Perancis dan Britain.

 ??  ?? PESAWAT pengebom B-1B. - Agensi PELURU berpandu JASSM-ER yang digunakan ketika menyerang Syria minggu ini. - Agensi
PESAWAT pengebom B-1B. - Agensi PELURU berpandu JASSM-ER yang digunakan ketika menyerang Syria minggu ini. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia