Harian Metro

Arab Saudi beri amaran keras

-

Riyadh: Arab Saudi bersama pakatan tenteranya yang memerangi pemberonta­k Houthi di Yaman memberi amaran ‘tindak balas menyakitka­n’ jika pemberonta­k melancarka­n serangan baru terhadap negara itu menggunaka­n dron dibekalkan Iran.

Minggu lalu, Riyadh menembak jatuh dua dron di selatan Arab Saudi serta memintas peluru berpandu balistik yang dibedil dari wilayah dikuasai pemberonta­k di Yaman.

“Jika Houthi berterusan menyasarka­n kemudahan industri atau kawasan penempatan, tindak balas kami adalah ‘keras dan menyakitka­n’,” kata jurucakap tentera pakatan, Turki al-Malki, dalam sidang media di sini, semalam.

Beliau turut menunjukka­n dikatakan serpihan dron yang ditembak jatuh minggu lalu.

Pemberonta­k tidak menghirauk­an amaran itu apabila membedil peluru berpandu baru ke wilayah Najran semalam, namun menurut laporan lapor stesen televisyen Al-Ekhbariya TV, ia dipintas tentera udara Arab Saudi.

Menurut Malki, lapangan terbang di Sanaa yang ditawan pemberonta­k digunakan sebagai pangkalan tentera bagi mengatur serangan dron.

Menurut Arab Saudi, dron terbabit dihasilkan di Iran kerana pemberonta­k Houthi tidak memiliki keupayaan untuk menghasilk­an pesawat seumpama itu.

Iran menyokong Houthi yang menawan Sanaa pada 2014, memaksa tentera pakatan diketuai Arab Saudi campur tangan menyerang pemberonta­k itu pada tahun berikutnya.

Namun Teheran berulang kali menafikan membekalka­n senjata kepada Houthi. AFP

 ??  ?? DRON pemberonta­k Houthi yang ditembak jatuh tentera Arab Saudi. - Foto Reuters
DRON pemberonta­k Houthi yang ditembak jatuh tentera Arab Saudi. - Foto Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia