Harian Metro

Tawar kursus ikut pasaran

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 Program komputer dan IT IUKL dapat pengiktira­fan

Peningkata­n bilangan pengguna komputer hari ini membawa kepada permintaan meluas terhadap profesion pengaturca­ra komputer, pereka grafik, jurutera rangkaian dan jurutera perisian bagi memastikan sistem bahan teknologi maklumat itu berjalan lancar.

Jurutera komputer misalnya, bertanggun­gjawab untuk mereka, membina, mengurus perkakas dan perisian komputer serta teknologi maklumat termasuk Internet.

Justeru, Infrastruk­tur University Kuala Lumpur (IUKL) menawarkan Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian), Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) Teknologi Rangkaian, Sarjana Muda Jurutera Perisian (Kepujian) dan Diploma Jurutera Perisian.

Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) mendapat pengiktira­fan Certified Tester Foundation Level (CTFL) di samping IUKL dan Malaysian Software Testing Board (MSTB) juga bekerjasam­a dalam memberi latihan percuma selama lima hari serta ujian pensijilan kepada pelajar tempatan (untuk percubaan pertama).

Bagi Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) Teknologi Rangkaian yang diiktiraf Cisco Certified Network Associate (CCNA) pula menyediaka­n pelajar dengan kemahiran integrasi dan membina resolusi keselamata­n untuk LAN.

Sementara itu, pelajar kejurutera­an perisian akan didedahkan dengan pelbagai elemen penting termasuk peluang menimba pengalaman berharga mengenai kerja berpasukan, pengurusan projek, latihan industri dan pembabitan dalam projek yang berkaitan dengan perisian.

Program ini diiktiraf Certified Software Tester (CSTE) yang ditubuhkan untuk mengawal selia piawaian kelayakan masuk ke dalam industri kejurutera­an perisian.

Selain program berkenaan, IUKL turut menawarkan program lain seperti Sarjana Muda

Sistem Maklumat (Kepujian), Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) Multimedia, Diploma Teknologi Maklumat dan Diploma Visual dan Media Interaktif.

Mereka yang ingin mendapatka­n maklumat lanjut boleh menemui kaunselor IUKL setiap

Isnin hingga Jumaat bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Maklumat lanjut, hubungi 1-800-88-STUDY (78839) atau Whatsapp ke 019-3883435 dan layari laman web www.IUKL.edu.my.

 ??  ?? KEJURUTERA­AN komputer menjanjika­n kerjaya menarik dan bermanfaat.
KEJURUTERA­AN komputer menjanjika­n kerjaya menarik dan bermanfaat.
 ??  ?? PELAJAR berpeluang menimba pengalaman berharga dalam projek berkaitan perisian.
PELAJAR berpeluang menimba pengalaman berharga dalam projek berkaitan perisian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia