Harian Metro

Lahir graduan kompeten IT

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 MSU College semarak teknologi maklumat

Dalam pelbagai sektor, kebergantu­ngan terhadap teknologi maklumat tidak dapat dinafikan bagi memastikan setiap urusan boleh dilakukan dengan lebih efisien dan sistematik.

Teknologi maklumat

(IT) dibangunka­n sebagai perantara atau pemudah cara bagi memperoleh dan menyebarka­n maklumat untuk pelbagai tujuan.

Ini dapat dilihat melalui perkembang­an pesat di pelbagai sektor termasuk dalam bidang telekomuni­kasi, pendidikan, perniagaan dan pengurusan.

Dalam era globalisas­i ini, penanda aras kemajuan sesebuah negara turut dilihat menerusi pencapaian bidang IT.

Malaysia juga memastikan tenaga kerja dan keupayaan yang dimiliki dalam bidang IT setanding negara maju.

Sedar mengenai potensi cerah bidang ini, MSU College menerusi Sekolah Sains & Teknologi (SST) turut tidak ketinggala­n menawarkan program Diploma Teknologi Maklumat bagi melahirkan graduan kompeten dan berkelayak­an yang akan membantu menggerakk­an industri ini.

Pelajar Diploma Teknologi Maklumat dilengkapi dengan pengetahua­n asas terkini dan kemahiran dalam bidang IT khususnya pengaturca­raan komputer, pembanguna­n perisian dan aplikasi, sistem dan perkakasan komputer, multimedia, teknologi Internet dan rangkaian.

Program ini merangkumi modul pembelajar­an sistem pengaturca­raan

C++, mempelajar­i cara membaiki komputer dari segi

selain membangunk­an laman web, membina rangkaian LAN, WAN dan MAN.

Syarat kemasukan yang ditetapkan ialah lulus Sijil Pelajaran Malaysia/Vokasional (SPM/SPMV) dengan memperoleh tiga kredit dalam mana-mana subjek atau memiliki sijil MSU College dalam bidang berkaitan atau sijil dari politeknik, universiti awam dan swasta.

Selain itu, graduan MSU College turut berpeluang melanjutka­n pengajian ke peringkat ijazah dengan membuat pindahan kredit menerusi Fakulti Sains Maklumat & Kejurutera­an (FISE) di Management & Science University (MSU).

Peluang kerjaya terbuka luas termasuk sebagai pengaturca­ra komputer, pembangun aplikasi, pegawai teknologi maklumat, juruteknik komputer, jurutera komputer dan pakar rangkaian komputer.

 ??  ?? TEROKAI ilmu IT di MSU College.
TEROKAI ilmu IT di MSU College.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia