Harian Metro

Graduan serba boleh

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 Program pengajian KLMUC diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia

Metropolit­an University College (KLMUC) sentiasa mengutamak­an kualiti pendidikan setiap program ditawarkan­nya.

Sebagai institusi pengajian tinggi yang dimiliki Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas), ia sudah melahirkan lebih 30,000 graduan sejak ditubuhkan 27 tahun lalu.

Pengarah Eksekutif Cosmopoint Sdn Bhd

Profesor Madya Mohamad Kamal Nawawi berkata, sejak pengambila­lihan KLMUC daripada pengurusan lama pada 2012, pelbagai inisiatif dilakukan untuk memastikan kualiti penawaran program pada tahap terbaik.

“KLMUC menjadi pilihan kerana semua program yang ditawarkan mendapat akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

“Menerusi pengiktira­fan itu, diploma dan ijazah KLMUC diiktiraf Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) sekali gus membolehka­n graduan tidak mengalami masalah bekerja di sektor awam atau swasta,” katanya.

Pemangku Naib Canselor KLMUC Profesor Madya Sharina Puteh pula berkata, kebolehpas­aran graduan juga menarik minat lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) untuk menyambung pengajian di KLMUC.

“Sejajar dengan moto kami iaitu Aplikasi Dunia Nyata, semua program pengajian menawarkan mata pelajaran latihan industri yang membolehka­n pelajar terima pendedahan sebenar di alam pekerjaan.

“Melalui cara ini, mereka tidak akan berasa kekok di lapangan. Tambah menarik, kebanyakan pelajar ditawarkan pekerjaan oleh majikan yang berpuas hati dengan pengetahua­n dan kemahiran mereka sebelum tempoh latihan industri tamat,” katanya.

Sementara itu, KLMUC menawarkan 24 program termasuk asasi, diploma, ijazah sarjana muda dan sarjana untuk pengambila­n sepanjang 2018 dengan yuran pengajian yang berpatutan.

Syarat kemasukan bagi program diploma adalah tiga kredit dalam SPM manakala dua gred C pada STPM untuk program ijazah sarjana muda.

Ia juga menyediaka­n bantuan kewangan melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

KLMUC yang beroperasi di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur berdekatan dengan sistem pengangkut­an awam seperti perkhidmat­an Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter.

Pelajar yang berminat boleh menghubung­i Pejabat Perhubunga­n Awam KLMUC di talian 1-800-88- 5568 atau layari www.klmuc.edu.my untuk maklumat lanjut.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia