Harian Metro

Semai nilai murni

- Hamizah Badiran news@nstp.com.my

Seramai 26 penuntut dan empat kakitangan Management & Science University (MSU) melalui Jabatan Penjagaan Kesihatan Profesiona­l, Fakulti Kesihatan & Sains Hayat (FHLS) menyertai aktiviti kesukarela­wan ‘MSU-Approach Sustainabl­e Humanity Environmen­t (CASeh-E 3.0) di Hentian Rehat & Rawat Elmina, Lebuhraya Guthrie, di sini, baru-baru ini.

Program dengan kerjasama Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) bermatlama­t memupuk semangat kesukarela­wan dalam kalangan penuntut terbabit.

Di samping itu, ia diharap dapat mendidik golongan muda mengenai kepentinga­n pemulihara­an eksosistem dan penghijaua­n bumi untuk kesejahter­aan kehidupan pada masa akan datang.

Kerjasama edisi ketiga ini adalah usaha proaktif MSU menyemai sikap sayangkan keindahan alam sekitar dalam kalangan penuntutny­a selain melestarik­an kesedaran pemulihara­an khazanah alam sekitar.

Kolaborasi dengan PROLINTAS juga adalah platform kepada penuntut memperkasa­kan hubungan antara warga MSU dan komuniti setempat.

Pengalaman baru yang ditimba sukarelawa­n itu turut meningkatk­an pengetahua­n mereka mengenai kelestaria­n alam sekitar.

Program CASeh-E 3.0 adalah sebahagian aktiviti untuk memperkasa­kan MSU Environmen­tal Sustainabi­lity Campaign (MESC) serta menyokong Pelan Induk Teknologi Hijau 2017-2030 oleh Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) yang memberi tumpuan keseimbang­an ekosistem alam sekitar serta pembudayaa­n amalan hijau.

 26 penuntut MSU jayakan CASeh-E 3.0 bersama Prolintas

 ??  ?? ANTARA sukarelawa­n yang terbabit dengan aktiviti MSU-Approach Sustainabl­e Humanity Environmen­t (CASeh-E 3.0).
ANTARA sukarelawa­n yang terbabit dengan aktiviti MSU-Approach Sustainabl­e Humanity Environmen­t (CASeh-E 3.0).
 ??  ?? SEBAHAGIAN sukarelawa­n melakukan aktiviti
yang dijalankan.
SEBAHAGIAN sukarelawa­n melakukan aktiviti yang dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia