Harian Metro

Ayuh bangkit!

Chong Wei ‘bakar’ semangat skuad badminton beri aksi cemerlang di Piala Thomas, Sukan Asia

- Fabian Peter fabian.mark@nstp.com.my

“Kami perlu perbaiki diri sendiri jika mahu beraksi cemerlang pada Piala Thomas dan Sukan Asia tahun ini.”

Itu adalah luahan bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei (gambar) setibanya di klia2, di sini, dari menyertai Sukan Komanwel di Gold Coast.

Memenangi dua pingat emas – kurang satu daripada sasaran – Chong Wei mengakui pasukan negara perlu segera bangkit dan memandang ke hadapan terutama sekali bagi menghadapi kejohanan besar seperti Piala Thomas di Bangkok pada bulan depan dan Sukan Asia di Indonesia pada Ogos.

“Ia adalah merugikan apabila kami tidak dapat memenangi emas berpasukan campuran

(tewas 3-1 kepada India di final) dan kami tidak boleh menyamai pencapaian pada empat tahun lalu, di mana kami menang tiga emas di Glasgow.

“Kami menang dua pingat emas kali ini tetapi saya rasa kami menjangkak­an dalam beregu lelaki dan juga beregu campuran.

“Saya rasa ia adalah penting bagi kami untuk melupakan Sukan Komanwel ini dan mula melihat ke hadapan bagi kejohanan besar tahun ini.

“Ia bukan mudah tetapi kami perlu berusaha keras dan memperoleh keputusan lebih baik pada masa hadapan,” kata Chong Wei yang juga tewas ketika bermain sebagai perseorang­an pertama negara di final berpasukan campuran.

Apabila ditanya sama ada keputusan Sukan Komanwel Gold Coast 2018 akan mengganggu emosi pasukan menjelang Piala Thomas, Chong Wei berkata: “Piala Thomas dan Sukan Komanwel adalah dua kejohanan yang berbeza. Saya tahu BAM belum lagi memutuskan skuad tetapi secara kasarnya kami tahu siapa tiga pemain perseorang­an.

“Sebagai pemain paling senior dalam skuad, saya akan cuba membantu pasukan dengan memberikan galakan bagi meningkatk­an semangat mereka menjelang kejohanan itu.

“Ia bukan mudah untuk menang pada setiap masa tetapi kami perlu memberikan yang sehabis baik.”

Dalam saingan Piala Thomas, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan D disamping juara bertahan Denmark, Russia dan Algeria. Chong Wei akan menyertai Kejohanan Badminton Asia di Wuhan, China pada 24 hingga 29 April

ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia