Harian Metro

Azroy terharu penghargaa­n majikan

- Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Badang negara yang menyumbang emas pertama pada Sukan Komanwel Gold Coast 2018, Azroy Hazalwafie Izhar Ahmad terharu apabila mendapat ucapan tahniah daripada majikannya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hasil kejayaanny­a itu.

Ia melonjakka­n semangatny­a untuk terus mengharumk­an nama negara di peringkat tertinggi dalam sukan itu.

Pada perjumpaan­nya bersama Pengerusi Persatuan Angkat Berat ATM, Kolonel Inderjit Singh Bachan Singh, Azroy atau lebih dikenali dalam kalangan rakan sebagai Wafie turut menerima khabar gembira apabila dimaklumka­n dia akan diserapkan sebagai anggota tetap ATM.

“Terima kasih kepada ATM kerana menghargai kejayaan saya. Memang impian saya untuk diterima sebagai anggota tetap ATM.

“Saya berjanji untuk terus memberi yang terbaik demi negara dan juga majikan saya,” katanya yang menyasarka­n untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Azroy yang sebelum ini berkhidmat dengan Rejimen 508 Wataniah Seremban berkata, kepercayaa­n yang diberikan oleh ATM tidak akan disia-siakan dan dia akan terus berjuang dalam sukan angkat berat.

Pada Sukan Komanwel, atlet kelahiran Rompin itu melakar sejarah tersendiri apabila muncul atlet pertama negara meraih pingat emas selepas mengunggul­i kategori 56kg.

Mengulas mengenai misi seterusnya, Azroy kini berusaha untuk memecahkan rekod kebangsaan milik idolanya Amirul Hamizan Ibrahim selepas berjaya memadamkan rekod Komanwel.

Rekod kebangsaan milik Amirul untuk kategori 56kg adalah 147kg dalam clean and jerk dan 121kg dalam snatch.

 ?? Azroy Hazalwafie Izhar Ahmad ?? Terima kasih kepada ATM kerana menghargai kejayaan saya. Memang impian saya untuk diterima sebagai anggota tetap ATM”
Azroy Hazalwafie Izhar Ahmad Terima kasih kepada ATM kerana menghargai kejayaan saya. Memang impian saya untuk diterima sebagai anggota tetap ATM”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia