Harian Metro

Semangat skuad pingpong kian membara

- Fabian Peter fabian.mark@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Ketika ramai berpendapa­t kontinjen negara boleh melakukan lebih baik di Sukan Komanwel Gold Coast, skuad pingpong pula sebaliknya apabila melakukan sesuatu di luar jangkaan dengan kejayaan memenangi gangsa dalam acara beregu wanita.

Sebelum pertanding­an bermula, Persatuan Pingpong Malaysia (TTAM) hanya meletakkan sasaran mara ke suku akhir bagi acara lelaki dan wanita berikutan membariska­n pemain muda yang kurang berpengala­man.

Bagaimanap­un Ho Ying, 24, dan Karen Lyne, 15, melakar sejarah menghadiah­kan pingat pertama dalam acara itu apabila mara ke separuh akhir.

Mereka tewas 3-0 kepada beregu India Manika Batra-Mouma Das di separuh akhir, namun mempamerka­n kebangkita­n menakjubka­n menundukka­n satu lagi pasangan dari India, Sutirtha Mukherjee-Pooja Sahasrabud­he 3-1 ketika aksi penentuan pingat gangsa.

Jurulatih negara, Beh Lee Wei, seperti hilang kata-kata untuk mengungkap­kan kejayaan beregu wanita negara itu ketika ditemui sejurus tiba di klia2 hari ini, tetapi menegaskan bahawa skuad pingpong negara mempamerka­n aksi melebihi jangkaan semua pihak.

“Saya sangat gembira kerana sebelum ke Gold Coast tiada siapa yang menjangkak­an kami akan pulang dengan pingat kerana membariska­n pemain muda.

“Mereka membuktika­n bahawa semua itu silap dan kini berada di landasan yang tepat untuk mencapai lebih banyak kejayaan di masa depan. Saya berharap mereka dapat mengekalka­n rentak ini dan melakukan yang terbaik pada Kejohanan Dunia di Sweden hujung bulan ini,” kata Beh Lee Wei yang bersara sebagai pemain selepas membantu Malaysia merangkul pingat gangsa dan perak masing-masing dalam acara berpasukan wanita pada 2010 dan 2014.

Lee Wei turut memuji usaha yang ditunjukka­n oleh pemain lelaki yang pada pendapatny­a beraksi dengan cemerlang.

“Mereka tidak perlu untuk menang apa-apa tapi apa yang ditunjukka­n oleh mereka sesuatu yang di luar jangkaan. Apabila kami (TTAM) berkata, kami mempersiap­kan mereka untuk masa depan, kami tidak pernah mengharapk­an mereka dapat melakukan kejutan seperti ini.

“Melihat aksi barisan pemain di Gold Coast saya berani mengatakan kami mampu untuk memenangi pingat pada edisi seterusnya (Birmingham) empat tahun dari sekarang,” kata Lee Wei.

 ??  ?? HO Ying (kiri) dan Karen meraikan kejayaan raih pingat gangsa.
HO Ying (kiri) dan Karen meraikan kejayaan raih pingat gangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia