Harian Metro

Bisa tidak hilang...

- AFP

 Djokovic ungguli aksi pertama selepas pulih kecederaan siku

Bekas pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic menunjukka­n tanda dia sudah kembali ke prestasiny­a apabila membenam rakan senegara dari Serbia, Dusan Lajovic 6-0, 6-1 pada pusingan pertama Master Monte Carlo, kelmarin.

Ia adalah prestasi mengagumka­n buat pemain berumur 30 tahun itu dalam perlawanan pertamanya sejak berpisah dengan jurulatih, Andre Agassi dan mula bekerja sama semula dengan jurulatih lamanya, Marian Vajda.

Djokovic berada di ranking 13 dunia selepas lama meninggalk­an gelanggang akibat kecederaan siku kanan dan menegaskan dia tidak boleh “melakukan servis”.

“Kesakitan itu adalah faktor utama yang Shanghai: Red Bull berharap mereka dapat meyakinkan Daniel Ricciardo untuk kekal bersama pasukan Formula Satu (F1) itu selepas pemandu Australia berkenaan muncul juara Grand Prix China, Ahad lalu.

Kejayaan itu, adalah suntikan semangat buat pemandu yang bermula di petak keenam selepas permulaan musim mengecewak­an dan ketika dia mahu memutuskan perpindaha­n dalam kariernya selepas ini.

Bakal mengakhiri kontrak memberi kesan terhadap keadaan saya secara keseluruha­n, pemikiran saya,” kata Djokovic.

“Banyak perkara yang terpaksa diketepika­n, memandangk­an siku masih belum sembuh.

Tapi, hari ini (semalam), anda tahu, (saya) bebas daripada kesakitan,”

Djokovic berlatih bersama Vajda selama 10 hari menjelang kejohanan itu, selepas berpisah dengan jurulatih dari Slovakia itu selepas berakhirny­a kejohanan Master Monte Carlo, tahun lalu.

“Saya sangat gembira apabila dia (Vajda) adalah lebih daripada seorang jurulatih. Dia lebih daripada seorang abang, seorang ayah,” katanya.

“Realitinya adalah saya bermain enam atau tujuh perlawanan sejak Julai lalu. Saya kekurangan perlawanan dan mempunyai sedikit keyakinan di gelanggang. Tapi, saya tidak sabar untuk teruskan.”

Djokovic mendominas­i dari awal dalam perlawanan menentang Lajovic yang nampak bergelut.

Meskipun mengharung­i beberapa detik mendebarka­n pada servis di set kedua, dia tetap berjaya menjulang kemenangan dalam masa kurang daripada sejam, bagi memastikan kemaraan bertemu Borna Coric dalam pusingan kedua.

 ??  ?? DJOKOVIC tenang atasi Lajovic di Master Monte Carlo, kelmarin.
DJOKOVIC tenang atasi Lajovic di Master Monte Carlo, kelmarin.
 ??  ?? RED Bull harap Ricciardo dan Verstappen kekal bersama pasukan.
RED Bull harap Ricciardo dan Verstappen kekal bersama pasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia