Harian Metro

Napoli mahu sekat Juve

-

Milan: Impian Napoli untuk menjulang trofi Serie A masih tidak menentu walaupun jika mereka menang ke atas Udinese hari ini kerana ia akan ditentukan dalam pertarunga­n sebenar menentang Juventus, hujung minggu ini.

Jika menang, Napoli yang berada di tangga kedua liga mampu mengendurk­an kemaraan Juventus yang mahu memburu gelaran Sirie A ketujuh berturut-turut pada musim ini.

Sepanjang minggu ini, majoriti pasukan akan menempuh dua perlawanan, tetapi gelaran akan ditentukan pada Ahad ini membabitka­n pertembung­an antara Juventus dan Napoli di Stadium Allianz.

Ketika ini, kedua-dua pasukan dipisahkan dengan perbezaan enam mata, selepas AC Milan bimbingan Gianluigi Donnarumma menafikan kemenangan Napoli pada minit terakhir dalam pertembung­an di San Siro, Ahad lalu.

Namun, Napoli cukup yakin mereka mampu meraih mata maksimum menentang Udinese dan Juventus, sekaligus mencapai sasaran menjulang trofi ketiga selepas kali terakhir melakukann­ya pada 1987 dan 1990.

“Masih ada 18 mata untuk dikejar.

“Jarak antara kami dan Juventus semakin besar, tapi kami mesti terus yakin dan percaya dengan kemampuan diri, bukan sekadar mengharapk­an perkiraan matematik,” kata kapten Napoli, Marek Hamsik

Kemenangan Napoli ke atas pasukan di tangga ke-13, Udinese akan memberi tekanan ke atas Juventus

(gambar).

yang masih perlu berdepan lawan sukar dalam baki liga musim ini - Milan dan Roma yang kedua-duanya merebut slot untuk Liga Juara-Juara musim depan.

Juventus akan berkunjung ke Crotone, esok - dan dijangka tidak bermasalah menang ke atas pasukan bergelut ke zon penyingkir­an itu.

Namun, Sassuolo dan Spal masing-masing membuktika­n pasukan itu boleh mencipta kejutan ke atas dua pilihan utama kerana Napoli dan Juventus ada kemungkina­n hanya mampu sekadar seri menentang pasukan bawahan.

“Ia adalah minggu yang sukar, tapi kami perlu tewaskan Crotone sebelum memikirkan Napoli,” kata pemain tengah Juventus, Blaise Matuidi, yang menjangkak­an mereka bakal berdepan perlawanan yang sengit.

“Kami perlu sentiasa peka kerana menentang Spal, ramai yang meramalkan kami mampu menang mudah. tetapi, kali ini tidak mahu menerima kejutan,” kata Matuidi yang turut memberi amaran kepada rakan sepasukann­ya. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia