Harian Metro

‘Nasib baik Carroll sumbat gol’ Mourinho bengang!

- AFP

London: Jaringan penyamaan minit akhir Andy Carroll melegakan Joe Hart selepas penjaga gol West Ham itu melakukan kesilapan dalam aksi dramatik menentang Stoke City yang berkesudah­an kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Pemain gantian Stoke, Peter Crouch menjaringk­an gol pada jarak dekat selepas Hart menampan lemah cubaan Xherdan Shaqiri ketika saingan hanya tinggal 11 minit di Stadium London.

Jaringan bekas penyerang Liverpool itu sejak November lalu bagaimanap­un masih tidak dapat membantu Stoke yang diancam tersingkir dari Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk mencatat kemenangan daripada 10 perlawanan.

Namun, Carroll yang masuk daripada bangku simpanan berjaya menyelamat­kan West Ham dengan jaringan hebat pada minit ke-90.

Keputusan berkenaan jelas memberi tamparan hebat kepada pengendali Stoke, Paul Lambert, yang pasukannya kini berada kedudukan dua terbawah Liga Perdana Inggeris (EPL).

 Pengendali United mahu bentuk semula barisan pemain

Stoke kini lima mata daripada zon selamat dari penyingkir­an tatkala saingan kini berbaki empat perlawanan.

Jaringan ketiga Carroll pada musim ini - sejak membuat penampilan pertama pada Januari - adalah gol paling bernilai buat West Ham, yang kini tujuh mata di atas tiga pasukan tercorot.

Biarpun Hart lega apabila West Ham tidak kehilangan tiga mata, kesilapann­ya jelas sedikit sebanyak menjejaska­n peluangnya untuk mewakili England di Piala Dunia. - AFP ke Bournemout­h dan separuh akhir Piala FA menentang Tottenham Hotspur di Wembley pada Sabtu ini.

“Penggilira­n adalah perkataan yang tidak tepat,” kata Mourinho.

“Jika saya memilih seorang pemain itu dalam perlawanan menentang Bournemout­h dan pemain itu adalah luar biasa, dia akan bermain untuk ke separuh akhir juga.

“Jadi, tidak ada penggilira­n kerana penggilira­n akan memberi pemain menentang Bournemout­h dan memberi rehat kepada pemain lain yang tidak bermain dan akan bermain menentang Spurs di separuh akhir.

“Jadi, perkara sebenar bukanlah penggilira­n. Ini adalah mengenai memberi peluang kepada mereka.

“Bagi mereka yang mahu bermain dan cuba untuk mendapat tempat bagi pasukan menentang Spurs dan beberapa pemain (yang diturunkan menentang

West

Brom), mereka tidak mempunyai tempat dalam pasukan,”.

Ditanya jika dia tidak akan menggunaka­n pemain yang tidak beraksi baik ketika menentang West Brom bermakna mereka tidak akan diturunkan menentang Tottenham, Mourinho berkata: “Ya”.

“Kriteria apa yang diperlukan seorang pengurus untuk memilih sebuah pasukan? Saya hanya tahu satu kriteria: cara anda bermain adalah satu-satunya cara untuk saya memilih pemain.”

 ??  ?? JUAN Mata (kiri) dan Alexis Sanchez kecewa selepas tewas di tangan West Brom.
MOURINHO CARROLL (kiri) dan Hart ketika beraksi menentang Stoke City.
JUAN Mata (kiri) dan Alexis Sanchez kecewa selepas tewas di tangan West Brom. MOURINHO CARROLL (kiri) dan Hart ketika beraksi menentang Stoke City.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia