Harian Metro

Tabik Guardiola

- AFP

Kevin De Bruyne berkata Manchester City sudah bersedia untuk mendominas­i Liga Perdana Inggeris (EPL) di masa hadapan di bawah kepimpinan Pep Guardiola.

City disahkan muncul juara EPL pada Ahad lalu dengan mencatatka­n rekod apabila masih berbaki lima perlawanan susulan kekalahan mengejut Manchester United kepada kelab yang bergelut di kedudukan bawah, West Bromwich Albion.

De Bruyne yang juga pemain tengah Belgium, muncul sebagai salah seorang pemain City yang menonjol dalam kempen kali ini tetapi dia tahu Guardiola adalah perancang utama di sebalik kejayaan pasukan mereka.

Keutamaan buat City selepas berakhirny­a musim ini adalah memastikan khidmat Guardiola yang juga bekas ketua jurulatih Bayern Munich dan Barcelona serta memastikan kejayaan Piala Liga pada Februari lalu, terus kekal dengan kontraknya yang berbaki setahun saja lagi.

“Semua orang tahu yang dia adalah antara jurulatih terbaik di dunia. Untuk mendapatka­n apa yang dia peroleh dalam permainan ini, ia adalah istimewa dan berada sebahagian daripada kumpulan pemain yang dibimbingn­ya banyak membantu kami berkembang,” kata De Bruyne.

“Dia tiba ke sini dua tahun lalu dan mengubah cara

 De Bruyne makin menonjol dalam kempen kali ini

kami bermain. Jelas sekali ia mengambil masa untuk membiasaka­n diri tetapi kami berkembang bersama dan musim ini adalah ganjaran terhadap semua usaha kami. “Apa yang kami mahukan pada masa ini adalah terus bermain cara kami musim ini dan menjadi lebih kuat. Dia memainkan peranan besar untuk itu dan berharap ini akan menjadi trofi pertama City dalam banyak lagi trofi di City.”

Disokong oleh pemilik City dari Abu Dhabi, Guardiola membelanja­kan peruntukan besar untuk menyuntik skuadnya dan tambahan kekuatan dijangka tiba lagi selepas ini.

Tetapi De Bruyne percaya skuad City masa ini sudah cukup bagus untuk mendapatka­n pencapaian baik musim ini.

 ??  ?? DE Bruyne (kiri) dan Davinson Sanchez pada aksi EPL Sabtu lalu.
DE Bruyne (kiri) dan Davinson Sanchez pada aksi EPL Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia