Harian Metro

City berdepan tindakan serius

-

London: Ketika Pep Guardiola bersedia menandatan­gani tambahan kontrak setahun selepas menjulang Liga Perdana Inggeris, Manchester City bakal berdepan hukuman digantung dua musim daripada sebarang urusan perpindaha­n pemain.

Perkembang­an terbaru itu sekaligus akan menghalang Pep Guardiola untuk memperkuat­kan skuad pada musim panas ini selepas pengendali City berkenaan bersetuju dengan tawaran untuk kekal di Etihad sehingga 2020.

Ia berikutan tindakan City menandatan­gani pemain remaja Argentina, Benjamin Garre yang dijangka selesai pada minggu ini, - lapor Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Guardiola mahu menambah

(gambar)

jumlah pemainnya bagi saingan musim depan, namun tindakan itu jelas mengundang perhatian serius mahkamah yang akan memutuskan sama ada City melanggar peraturan perpindaha­n pemain atau tidak.

Jurucakap CAS berkata, keputusan membabitka­n urusan kontrovers­i mendapatka­n pemain itu dijangka akan selesai dalam tempoh seminggu.

Guardiola kini sedang berusaha menambah dua atau tiga pemain untuk memperkuat­kan skuad yang digelar Vincent Kompany sebagai ‘dinasti’, selepas Manchester United tumbang kepada West Bromwich Albion, sekaligus menobatkan City sebagai juara liga musim ini.

Namun, CAS mengambil kira aduan Velez Sarsfield, selepas kelab dari Argentina itu mendakwa City melanggar peraturan apabila memikat Garre ketika masih berusia 15 tahun, dan disusuli dengan urusan perpindaha­n ketika pemain sayap berkenaan menyambut hari lahir ke-16.

Jika City kalah dalam kes itu, kelab juara berkenaan berisiko berdepan hukuman gantung selama dua musim dan dilarang daripada mendapatka­n pemain pada musim panas ini serta perpindaha­n Januari 2019.

Difahamkan, City akan bertindak balas dan akan meneliti setiap aspek teknikal berkaitan untuk menangguhk­an proses pendakwaan, sekaligus membenarka­n Guardiola mengumpul pemain idamannya pada musim panas ini.

Kelab itu dikatakan akan berbelanja sehingga 100 juta pound (RM557.79 juta) untuk mendapatka­n pemain tengah bertahan, pemain tengah menyerang dan beberapa pemain di posisi lain.

Ia bertujuan untuk menambah kekuatan pasukan bagi memastikan mereka mampu bersaing dalam Liga Juara-Juara, selain mempertaha­nkan gelaran Liga Perdana Inggeris. - AGENSI

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia