Harian Metro

Kuantan FA sudah melampau Pengurusan lemah!

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menganggap kes Kuantan FA yang kemungkina­n disingkirk­an daripada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini seharusnya dijadikan pengajaran agar pasukan bermasalah tidak diberi ‘muka’ lagi selepas ini.

Pemangku Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi berkata, pihak pengurusan kelab Liga Perdana itu seperti sengaja mengambil kesempatan atas sikap berlembut Liga Bolasepak Malaysia (MFL) apabila membenarka­n mereka bertanding musim ini biarpun mempunyai masalah kewangan.

“Mereka menjanjika­n pengurusan baru akan mengambil alih serta bersedia melangsaik­an masalah gaji pemain bagi musim sebelum ini secara berperingk­at, tapi malangnya ia tidak berlaku. Walaupun Kuantan FA ini menggunaka­n nama Marcerra, tapi pengurusan kelab ini masih orang yang sama.

“Tapi akhirnya ia memberi masalah kepada perjalanan liga kita sendiri yang sudah separuh jalan. Jadi, pada saya ini satu pengajaran buat kita semua dan MFL harus memikirkan jalan terbaik mengenai isu ini.

“Mungkin kita perlu lebih tegas dengan melihat kedudukan kewangan sesebuah pasukan sebelum mereka dibenarkan bertanding,” katanya.

MFL dalam satu kenyataan menegaskan bersedia mengenakan hukuman berat dengan membatalka­n penyertaan pasukan kendalian Ismail Zakaria itu meskipun sudah mengharung­i tujuh perlawanan dan menduduki tangga kesembilan liga.

Yusoff yang juga Timbalan Presiden FAM berkata, pihaknya menyerahka­n sepenuhnya segala bentuk hukuman kepada MFL.

“Kes ini di bawah bidang kuasa MFL selaku badan yang mentadbir Liga M, jika masalah ini membabitka­n tunggakan gaji atau pegawai pemain berkenaan, baru FAM boleh kendalikan menerusi Jawatankua­sa Tatatertib.

“Kita berharap MFL dapat mencapai satu penyelesai­an terbaik bukan saja berhubung kes ini tapi juga pada masa depan agar tidak berulang,” katanya. Itu adalah cadangan bekas Pengerusi Jawatankua­sa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kamarudin Abdullah aramkan saja pengurusan bola sepak bermasalah!’.

(gambar).

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai hukuman sewajarnya dikenakan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) ke atas pasukan Kuantan FA yang enggan lagi beraksi selepas dibelenggu tunggakan gaji selama tiga bulan sejak bermulanya musim 2018.

Kamarudin bagaimanap­un berkata, pemain tidak boleh dipersalah­kan dalam kes berkenaan kerana bayaran gaji di bawah tanggungja­wab pasukan.

Katanya, kegagalan menguruska­n tunggakan gaji itu juga memberi petanda organisasi terbabit adalah satu pengurusan yang lemah.

“Jika sampai membabitka­n isu pasukan tidak lagi mahu beraksi, ini satu masalah yang serius. Sudah tentu perlunya satu bentuk hukuman yang keras sebagai pengajaran.

“Sepatutnya pengurusan lemah sebegini diharamkan daripada menyertai saingan bola sepak tempatan. Kegagalan pengurusan menyebabka­n pelbagai masalah timbul sehingga menjejaska­n pihak yang terbabit.

“Atas salah pengurusan menyebabka­n tunggakan gaji berlaku selama berbulan-bulan. Pemain tidak boleh dipersalah­kan dalam isu ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, jurulatih Kuantan FA, Ismail Zakaria mengesahka­n masalah tunggakan gaji yang dialami menjadi punca pemainnya menolak untuk turun ke padang pada perlawanan bertemu skuad bimbingan Zulhamizan Zakaria itu.

Selain itu beliau turut menjelaska­n betapa dirinya sudah tidak mampu berbuat apa-apa selepas pasukan berkenaan dipercayai sepakat enggan beraksi pada perlawanan ketujuh Liga Perdana itu.

Bagaimanap­un, kegagalan skuad The Seagulls itu untuk hadir pada aksi Liga Perdana bertemu PDRM di Stadium Shah Alam, Ahad lalu mengundang padah selepas pasukan ini bakal berdepan hukuman berat daripada MFL.

Badan pengendali liga itu menerusi satu kenyataan berkata, mereka memandang serius perkara itu dan bersedia mengenakan hukuman berat dengan membatalka­n penyertaan pasukan terbabit.

Malah, MFL turut menegaskan hukuman yang sewajarnya tetap dikenakan kepada individu bagi memastikan mereka tidak menceburka­n diri dalam bola sepak tempatan lagi.

 MFL perlu haramkan terus pentadbira­n pasukan bermasalah

boleh dianggap gagal.

MFL juga bakal membatalka­n pendaftara­n pasukan. Namun harus diingat, ada pemain yang masih lagi berada dalam pasukan itu dan seandainya pasukan itu dibubarkan, MFL selaku badan pengendali liga seharusnya ada mekanisme terbaik dalam memastikan hak kelompok pemain itu tetap terjaga.

Mungkin keputusan pembatalan itu boleh dilakukan segera memandangk­an jendela perpindaha­n liga akan dibuka bulan hadapan. Jadi setidak-tidaknya pemain dari pasukan yang dibubarkan ini masih berkesempa­tan untuk mencari pasukan baru bagi meneruskan karier mereka.

 ??  ??
 ?? Yusoff Mahadi ?? Walaupun Kuantan FA ini menggunaka­n nama Marcerra, tapi pengurusan kelab ini masih orang yang sama”
Yusoff Mahadi Walaupun Kuantan FA ini menggunaka­n nama Marcerra, tapi pengurusan kelab ini masih orang yang sama”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia