Harian Metro

Kuantan FA hutang RM1.2 juta kepada pemain

-

anda bayangkan, bekerja selama tiga bulan namun tidak dibayar walau satu sen pun sambil mengharapk­an janji untuk mendapatka­n gaji yang akhirnya sekadar tinggal janji?

Jika anda sendiri tidak mahu bayangkan, tidak mengapa. Namun situasi itu dialami pemain Kuantan FA yang boleh disifatkan beraksi dalam ‘perlawanan amal’ kerana langsung tidak menerima gaji bukan setakat sebulan, namun sehingga tiga bulan. Untuk pengetahua­n, mereka tidak dibayar sejak saingan liga bermula.

Isu tunggakan gaji ini pun sebenarnya tidak pernah lari dalam kancah bola sepak tempatan, tetapi dengan apa cara sekalipun, akhirnya tunggakan tetap dapat dijelaskan. Pemain tersenyum selepas pengurusan melaksanak­an tanggungja­wabnya.

Bagaimanap­un, lain pula halnya dengan Kuantan FA apabila tunggakan gaji ini menyebabka­n pemain yang tinggal kira-kira 16 orang terpaksa ‘memberonta­k’.

Dan kemuncakny­a adalah mereka enggan beraksi ketika bertemu pasukan PDRM di Stadium Shah Alam Ahad lalu, sekali gus menghadiah­kan kemenangan percuma kepada skuad The Cops.

Amat menghairan­kan kerana meskipun Liga Malaysia (Liga M) sudah lebih sedekad memasuki era profesiona­l, namun masalah tunggakan gaji masih tetap berlaku ketika Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sudah menetapkan peraturan berhubung isu kewangan sebagai lesen untuk beraksi dalam liga tempatan.

Difahamkan, rekod kewangan Kuantan FA masih ‘cantik’ sehingga pertengaha­n tahun lalu. Ini membolehka­n mereka mendapat kelulusan MFL untuk beraksi dalam saingan Liga Perdana musim 2018.

Namun, pasukan itu dikendalik­an pengurusan baru dan mungkin mereka sebenarnya tidak memiliki kewangan yang kukuh ataupun pelan jangka masa panjang sekurang-kurangnya untuk semusim sehingga menyebabka­n tunggakan gaji berlaku selama tiga bulan.

Jurulatih Kuantan FA, Ismail Zakaria menjelaska­n kos untuk menampung gaji sebulan mencecah hampir RM400,000. Jadi pengurusan pasukan kini boleh diandaikan berhutang kira kira RM1.2 juta kepada pemain untuk musim ini saja.

Mujurlah MFL mengambil langkah proaktif dengan memotong geran tahunan pasukan itu untuk membayar gaji sebulan, namun apa status untuk gaji dua bulan yang seharusnya diterima oleh pemain Kuantan FA?

Dalam hal ini, saya bersetuju dengan tindakan keras yang akan diambil oleh MFL khususnya untuk mengharamk­an pengurusan bermasalah ini daripada ‘gatal tangan’ terus mengendali­kan pasukan sedangkan secara dasarnya mereka tidak mampu dan sebenarnya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia