Harian Metro

‘Jangan jadi macam Barca’

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Selangor mungkin berdepan padah seandainya masih mengulangi aksi serupa ketika diaibkan Kedah 0-4 hujung minggu lalu, apabila turun berdepan Kuala Lumpur (KL) pada saingan suku akhir kedua Piala FA, Sabtu ini.

Ingatan itu disuarakan penjaga gol, Norazlan Razali yang berharap mereka belajar daripada kekalahan besar itu demi mengelak daripada terus berputih mata.

“Punca kekalahan kepada Kedah, Sabtu lalu adalah kerana pemain gagal mengekalka­n semangat berpasukan seperti ditunjukka­n ketika mengalahka­n Terengganu

(FC) dan

KL pada

Piala

FA.

“Kami tidak bermain sebagai satu unit dan tidak menunjukka­n kesungguha­n untuk menang. Saya tidak mempunyai jawapan mengapa kami bersikap begitu, tapi jika ia diulangi pada perlawanan

Sabtu ini, Selangor akan menerima padah.

“KL sudah pasti akan bermain bermati-matian kerana mereka tidak mempunyai pilihan kecuali menang besar ke atas kami untuk mara,” katanya.

Menurut Norazlan, walaupun Selangor memiliki bekalan selesa hasil kemenangan 3-0 di tempat lawan pada suku akhir pertama, ia belum menjamin tempat mereka ke separuh akhir.

“Kalau Kedah boleh tewaskan kami 4-0, tidak mustahil KL juga boleh melakukan perkara sama jika kami mengambil sikap mudah dan berpuas hati dengan kelebihan dimiliki,” katanya.

Malah, penjaga gol berpengala­man itu turut mengambil iktibar daripada keputusan dramatik suku akhir Liga Juara-Juara Eropah minggu lalu yang membabitka­n dua kelab terkemuka Sepanyol, Barcelona dan Real Madrid.

Barca disingkir Roma melalui jaringan di tempat lawan selepas terikat agregat 4-4 sekali pun memiliki bekalan selesa hasil kemenangan 4-1 pada suku akhir pertama.

Real pula yang selesa dengan

 Norazlan gesa rakan pamer aksi konsisten layan KL, usah pandang mudah cabaran lawan

kemenangan 3-0 di tempat lawan nyaris diheret ke perlawanan masa tambahan selepas terikat agregat 3-3 sebelum sepakan penalti saat akhir Cristiano Ronaldo menyelamat­kan mereka.

“Kedua-dua perlawanan itu membuktika­n tidak ada yang mustahil dalam bola sepak. Apa yang dialami oleh Barca dan Real bagus untuk kami jadikan iktibar,” katanya.

 ??  ?? NORAZLAN tuntut rakan sepasukan usah ulang aksi buruk ketika tewas kepada Kedah.
NORAZLAN tuntut rakan sepasukan usah ulang aksi buruk ketika tewas kepada Kedah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia