Harian Metro

Kogi ghairah mahu robek gawang JDT

- Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my

Kuantan: Penyerang Pahang, R Kogileswar­an sudah sedia tampil merobek gawang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi suku akhir kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, pada Jumaat ini.

Bekas pemain Frenz United FC itu berkata, satu gol ketika membantu skuad Tok Gajah mencatat keputusan 2-2 dengan Kuala Lumpur (KL) dalam saingan Liga Super kelmarin, memberi motivasi terbaik untuk mempamerka­n persembaha­n meyakinkan.

“Sebaik menjaringk­an gol itu, saya begitu teruja dan terus sedia melakukan yang terbaik buat pasukan apabila berada dalam skuad utama.

“Saya akan memberi sepenuh komitmen jika terus mendapat kepercayaa­n jurulatih (Dollah Salleh) dalam senarai kesebelasa­n utama apabila Pahang bertemu JDT, Jumaat ini.

“Apabila diberi tanggungja­wab selaku penyerang dan berganding­an dengan Patrick Cruz, perasaan teruja. Ia nyata membantu untuk meningkatk­an prestasi yang lebih baik,” katanya.

Pada aksi liga Super bertemu KL, jaringan Kogileswar­an pada babak kedua memastikan skuad itu pulang satu mata selepas ketinggala­n dengan pelawat.

Ditanya peluang Pahang layak ke separuh akhir Piala FA, dia percaya ia masih lagi terbuka selepas seri tanpa jaringan pada suku akhir pertama di Kuantan.

Katanya, kegagalan mencatat kemenangan di laman sendiri tidak mematahkan semangat untuk memastikan kejayaan.

“Kami akan berusaha sebaik mungkin biarpun sedar saingan getir bakal dihadapi memandangk­an JDT diakui memiliki kelebihan kerana beraksi di laman sendiri,” kata pemain berumur 20 tahun itu.

 ?? R Kogileswar­an ?? KOGILESWAR­AN (depan) diasak Hisyamudin Sha’ari pada aksi Liga Super Sabtu lalu. Apabila diberi tanggungja­wab selaku penyerang dan berganding­an dengan Patrick Cruz, perasaan teruja”
R Kogileswar­an KOGILESWAR­AN (depan) diasak Hisyamudin Sha’ari pada aksi Liga Super Sabtu lalu. Apabila diberi tanggungja­wab selaku penyerang dan berganding­an dengan Patrick Cruz, perasaan teruja”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia