Harian Metro

Mora enggan salahkan pemain

- Faizul Azlan Razak sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Pengendali Johor Darul Ta’zim II (JDTII), Benjamin Mora

tidak mahu menyalahka­n kesilapan individu selepas menyaksika­n pasukannya tewas 1-2 kepada Terengganu FC II (TFCII) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, kelmarin.

Katanya, tuan rumah memperoleh dua gol mudah dalam saingan Liga Perdana itu selepas pemainnya sendiri menghadiah­kan gol pembukaan, disusuli jaringan kemenangan TFCII menerusi situasi set-piece.

“Selepas gawang kami bolos hasil jaringan sendiri, pemain

(gambar)

saya tidak berputus asa apabila bangkit dan bekerja keras hingga berjaya menyamakan kedudukan 1-1.

“Bagaimanap­un, kelekaan pemain sekali lagi dihukum pemain tuan rumah dalam situasi set-piece menerusi sepakan sudut, sekali gus memaksa kami pulang tanpa sebarang mata,” katanya selepas perlawanan berkenaan.

Pada aksi itu, TFCII memperoleh gol pertama hasil jaringan sendiri pertahanan kiri, Muhammad Fazly Mazlan yang tertampan bola hantaran lintang pemain sayap, Mohammad Rahmat Makasuf selepas gagal diselamatk­an penjaga gol, Muhammad Haziq Nazli pada minit ke-23.

Begitupun, penyerang kebangsaan Bawah 23 tahun, Muhammad Hadifayyad­h Abdul Razak mengikat kedudukan pada minit ke-68, sebelum pemain pertahanan, Muhammad Radhi Mohd Yusof menanduk gol kemenangan berpunca sepakan sepakan sudut minit minit ke-76.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia