Harian Metro

JUMPA PETUNJUK Rampas kenderaan curi cuba diseludup

- Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@nstp.com.my

Jaket keselamata­n itu ditemui bot Pengawal Maritim Malaysia Kota Kinabalu pada kedudukan 23.4 batu nautika barat daya Pulau Gaya, jam 10.05 pagi, namun belum dapat dipastikan pemilik jaket keselamata­n itu.

Pengarah Maritim Daerah 15 Kota Kinabalu, Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata, operasi hari ini membabitka­n bot pengawal 38 dan Bot

PSC, dibantu bot CB 90 dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan lapan bot nelayan.

“Sektor pencarian adalah 144 batu nautika persegi dan pada jam 10.05 pagi tadi (semalam), Bot Pengawal 38 menemui satu jaket keselamata­n.

“Bagaimanap­un jaket itu bukan milik bot nelayan yang karam awal pagi semalam (kelmarin), tetapi ia menjadi petunjuk pasukan Maritim Malaysia meneruskan operasi SAR mencari mangsa yang hilang,” katanya menerusi kenyataan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5 pagi kelmarin, sebuah bot nelayan tenggelam di perairan

Pulau Mengalum, 17 batu nautika dari Pulau Gaya, di sini, mengakibat­kan seorang nelayan di atas bot berkenaan dilaporkan hilang.

Sebelum kejadian, mangsa Husain Ishak, 23, warga Indonesia dipercayai bergerak dari Pulau Gaya menuju ke Pulau Mengalum untuk menangkap ikan seorang diri.

Satu jaket keselamata­n ditemui ketika operasi cari nelayan hilang

Lundu: Kecekapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup kenderaan curi dari negeri ini ke Kalimantan Barat, Indonesia melalui ‘jalan tikus’ dalam operasi khas, Op Serkap, di sebuah ladang kelapa sawit, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, enam anggota dari Batalion Ke-11 Rejimen Askar Melayu Diraja

(11 RAMD) sedang menjalanka­n rondaan rutin memantau laluan haram di kawasan sempadan berhampira­n ladang berkenaan sebelum mengesan kehadiran sekumpulan individu.

Jurucakap 11 RAMD memaklumka­n, anggota bertugas kemudian mengarahka­n kumpulan terbabit berhenti untuk pemeriksaa­n lanjut, namun tidak diendahkan sebelum mereka melarikan diri menggunaka­n empat motosikal dan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Mitsubishi Pajero.

“Anggota bertugas cuba mengejar kumpulan itu, namun mereka berpecah sebelum berjaya meloloskan diri dalam ladang sawit itu dengan menaiki motosikal menggunaka­n beberapa laluan berbeza.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut kemudian membawa penemuan sebuah kenderaan 4WD ditinggalk­an kumpulan terbabit, dipercayai kenderaan curi yang cuba diseludup ke wilayah berjiran,” katanya.

Menurutnya, kumpulan terbabit dipercayai rangkaian sindiket curi kenderaan yang bergerak aktif di Sarawak sebelum diseludup ke Kalimantan Barat menggunaka­n ‘jalan tikus’ di kawasan sempadan sebelum dijual dengan harga murah di pasaran gelap.

“Mitsubishi Pajero bernilai kira-kira RM35,000 mengikut pasaran semasa itu kemudian dibawa ke Balai Polis Lundu untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ?? Satu jaket keselamata­n ditemui ketika operasi SAR mencari nelayan
hilang
keselamata­n
JAKET SAR.
ketika operasi yang ditemui
ANGGOTA APMM menjalanka­n operasi SAR mencari seorang
mangsa bot karam di perairan Pulau Mengalum.
Satu jaket keselamata­n ditemui ketika operasi SAR mencari nelayan hilang keselamata­n JAKET SAR. ketika operasi yang ditemui ANGGOTA APMM menjalanka­n operasi SAR mencari seorang mangsa bot karam di perairan Pulau Mengalum.
 ??  ?? TENTERA merampas sebuah kenderaan curi dalam Op Serkap.
TENTERA merampas sebuah kenderaan curi dalam Op Serkap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia