Harian Metro

Gempur pusat judi di lokasi panas

-

Kuching: Dalam usaha mencegah aktiviti perjudian di daerah ini, beberapa serbuan dijalankan pihak polis di beberapa lokasi panas yang dikenal pasti bermula 26 Mac hingga kelmarin.

Daripada 41 serbuan yang dijalankan, sebanyak 52 tangkapan dilakukan dengan perjudian nombor ekor terus mencatat jumlah serbuan tertinggi membabitka­n 34 serbuan, manakala enam serbuan membabitka­n perjudian siber dan satu serbuan membabitka­n perjudian di tempat awam.

Serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak serta 15 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, JSJ IPK mencatat serbuan tertinggi dengan sepuluh serbuan dilakukan di tiga daerah iaitu Kuching, Padawan dan Kanowit.

Beliau berkata, IPD Kuching dan Miri pula masing-masing dengan enam serbuan, Sibu (4), Padawan (3), Kota Samarahan dan Bintulu masing-masing dua, manakala Bau, Serian, Limbang, Betong, Marudi, Lubok Antu, Kanowit dan Meradong pula masing-masing dengan satu serbuan.

“Usaha membantera­s perjudian dalam talian diteruskan dengan enam serbuan yang dijalankan di kedai serbaneka 24 jam dan kedai kopi yang menawarkan perkhidmat­an tambah nilai kepada kaki judi dalam talian.

“Serbuan itu dilakukan di Kuching, Miri, Kota Samarahan dan Meradong yang membawa kepada penangkapa­n enam penyedia perkhidmat­an dan menyita lapan telefon bimbit serta wang tunai RM2,706,” katanya dalam kenyataann­ya, di sini, semalam.

Dev berkata, dalam aktiviti perjudian di tempat awam pula, satu serbuan dilakukan di sebuah kafe di Jalan Poh Yew, Sibu dengan empat individu ditahan.

“Daripada 52 yang ditangkap, 31 lelaki manakala yang lain wanita dan mereka berusia antara 17 hingga 57 tahun.

“Seorang daripada yang ditahan adalah warga asing. Kes disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka,” katanya.

 ??  ?? DEV
DEV

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia