Harian Metro

Mohon diberi masa

- Avila Geraldine avila@nstp.com.my

 Tertuduh didenda RM10,000 terima suapan tahun lalu

Mahkamah Khas Rasuah, di sini, semalam, menjatuhka­n hukuman denda RM10,000 terhadap Pembantu Pegawai Kesihatan Persekitar­an, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) selepas mengaku bersalah menerima suapan, tahun lalu.

Hakim Abu Bakar Manat bagaimanap­un menunda hukuman terhadap David @ Divi Jasni, 37, hingga 25 Mei depan selepas tertuduh memohon diberi masa bagi menjelaska­n denda berkenaan berikutan kekangan kewangan.

Ketika membenarka­n permohonan itu, Abu Bakar mengingatk­an tertuduh menggunaka­n masa yang diberi untuk membayar denda dan jika gagal, dia diarahkan menjalani hukuman penjara.

Mengikut fakta kes, pada 29 Julai tahun lalu, tertuduh secara tidak jujur menerima wang tunai RM200 daripada Lui Oi Yee sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan kompaun terhadapny­a mengikut Undang-Undang Kecil Makanan dan Premis 1966.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada jam 11.20 pagi di belakang Kedai Kopi Melanian 3, Jalan Pantai di sini dan disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Isteri tertuduh Liah Moen, 34, juga dituduh bersubahat dengan suaminya dengan menyamar sebagai pegawai DBKK pada tarikh sama dan mengaku salah atas pertuduhan mengikut Seksyen 171 Kanun Keseksaan kerana memakai pakaian atau membawa token digunakan penjawat awam dengan tujuan penipuan.

Sementara itu, Abu Bakar turut mengenakan denda RM300 terhadap Liah sambil menasihati­nya supaya memikirkan akibatnya dan keluarga sebelum melakukan sesuatu kesalahan.

Kes itu dikendalik­an Timbalan Pendakwara­ya Rustam Sanip yang mewakili SPRM, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

 ?? KHAIRULL AZRY BIDIN ?? PEGAWAI SPRM membawa pasangan suami isteri, David (kiri) dan Liah ke Mahkamah Rasuah Khas.
KHAIRULL AZRY BIDIN PEGAWAI SPRM membawa pasangan suami isteri, David (kiri) dan Liah ke Mahkamah Rasuah Khas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia