Harian Metro

Peluang beli barang pada harga jimat

-

Tuaran: Lebih 1,000 penduduk tidak melepaskan peluang mendapatka­n barangan keperluan dengan harga lebih rendah, selain perkhidmat­an mengguntin­g rambut dan urut kaki yang ditawarkan sempena Karnival Jualan Sentuhan Rakyat Siri 3 di Pekan Kiulu, di sini, semalam.

Program bermula jam 3 pagi itu yang julung kali diadakan di Kiulu mendapat kerjasama beberapa agensi antaranya Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) serta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA).

Suri rumah dari Kampung Ponohuon, Kunnimeh Gugud, 40, berkata, program itu memberi peluang kepada penduduk membeli barang keperluan harian dengan harga lebih menjimatka­n tanpa caj Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

“Tidak sia-sia saya datang walaupun terpaksa beratur panjang ketika membayar kerana harganya amat rendah berbanding di kedai runcit atau pasar raya.

“Perbezaan paling ketara ialah beras Vietnam dijual pada harga RM22 untuk kuantiti berat 10 kilogram (kg) berbanding RM26 pada harga biasa, manakala sardin dalam tin hanya 50 sen berbanding RM2.30.

“Bagi kami yang berpendapa­tan

sederhana, program ini membolehka­n kami berjimat iaitu berbelanja RM80 untuk keperluan seminggu. Jika boleh, program ini diadakan berterusan seperti seminggu sekali,” katanya.

Ketua Kampung Ranau-Ranau, Anthony Damit, 58, bersetuju program itu diadakan setiap minggu kerana menjimatka­n perbelanja­an termasuk peniaga kecil sepertinya.

“Saya berharap penganjur mempelbaga­ikan barangan seperti keperluan mandi dan lampin pakai buang,” katanya.

Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai yang meninjau program berkata, penganjura­n karnival itu bukan bertujuan memperoleh keuntungan, sebaliknya membantu golongan berpendapa­tan sederhana atau rendah.

 ?? Kunnimeh Gugud ?? Tidak sia-sia saya datang walaupun terpaksa beratur panjang ketika membayar kerana harganya amat rendah berbanding di kedai runcit atau pasar raya”
PENDUDUK sekitar Kiulu membeli barang keperluan pada Karnival Jualan Sentuhan Rakyat Siri 3, di pekan...
Kunnimeh Gugud Tidak sia-sia saya datang walaupun terpaksa beratur panjang ketika membayar kerana harganya amat rendah berbanding di kedai runcit atau pasar raya” PENDUDUK sekitar Kiulu membeli barang keperluan pada Karnival Jualan Sentuhan Rakyat Siri 3, di pekan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia