Harian Metro

Bantuan rangkumi seluruh masyarakat

-

Kuala Lumpur: Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), penyediaan lebih banyak rumah berkualiti dan mampu milik, bantuan khas pendidikan, kemudahan kesihatan serta mengukuhka­n kedai berorienta­sikan rakyat menjadi keutamaan kerajaan dalam usaha menangani kos sara hidup rakyat.

Sebanyak 185 Klinik 1Malaysia (K1M) dibina dari 2013-2017 menjadikan jumlah keseluruha­n 334 buah dengan purata 5.27 juta kedatangan pesakit (baru dan ulangan) setiap tahun.

Kakitangan swasta, Mohd Sulhee Ahmad, 40, berkata, perkhidmat­an K1M memberi manfaat kepada dirinya sekeluarga serta jutaan penduduk di negara ini.

“Layanan diterima daripada kakitangan bertugas mesra dan pantas, malah kualiti ubat disediakan setanding klinik swasta,” katanya.

Penerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M), Emmanuel Christy berkata, pelancaran KADS1M sejak September 2012 meringanka­n beban pelajar universiti.

“Apabila ingin membeli keperluan seperti buku, saya menggunaka­n kad untuk mendapatka­n diskaun dan hanya perlu membayar jumlah yang minimum.

“Walaupun hanya RM250 setahun, ia sangat membantu pelajar seperti kami,” katanya.

Timbalan Presiden, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, BR1M satu usaha wajar diperkenal­kan kerajaan bagi membantu masyarakat, terutamany­a golongan bujang untuk mengurangk­an beban mereka dalam menghadapi peningkata­n kos sara hidup.

“Sejak diperkenal­kan pada 2012, BR1M memberi manfaat kepada tujuh juta individu, tetapi saya cadangkan agar penerima memanfaatk­an bantuan ini untuk pelaburan.

“Memang jumlahnya tidak besar, tetapi golongan bujang boleh menggunaka­n duit itu bagi pelaburan jangka panjang misalnya dijadikan sebagai wang pendahulua­n pembelian kereta,” katanya.

Beliau berkata, FOMCA juga berharap pemberian BR1M dapat dikawal kerajaan agar penerima tidak membelanja­kannya secara suka hati.

“BR1M adalah antara mekanisme utama penyampaia­n bantuan subsidi bersasar yang diguna pakai bagi menggantik­an sistem subsidi sebelum ini yang kurang berkesan.

Justeru, penerima bantuan ini harus membelanja­kannya sebaik mungkin,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia