Harian Metro

‘Tebal muka’ tiru idea BR1M

- Jalal Ali Abdul Rahim, Zahratulha­yat Mat Arif dan Farah Suhaidah Osman cnews@nstp.com.my

 PM sindir bekas pemimpin negara ubah kenyataan beberapa kali dalam masa 2 minggu

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyindir bekas pemimpin negara yang sekali lagi mengubah beberapa kali kenyataann­ya sebelum ini berhubung isu rangkaian sebuah kedai roti yang ditutup.

Najib berkata, dalam tempoh dua minggu lalu, pemimpin berkenaan sudah empat kali menukar kenyataann­ya berhubung kedai roti itu.

Beliau berkata, keadaan berkenaan sama juga dalam isu pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang dilabelkan sebagai ‘dedak’ dan rasuah tetapi kemudian membuat pusingan U, malah ‘tebal muka’ apabila meniru pemberian bantuan seperti itu dalam manifesto pembangkan­g.

“Sebagai sebuah kerajaan, tanggungja­wab kita (BN) adalah untuk menjaga kebajikan rakyat, bukan nak dengar cakap orang dah melalut cakapnya, hari ini cakap lain, esok cakap lain.

“Macam (isu) kedai roti, dalam dua minggu empat kali tukar (kenyataan), mula-mula kata kedai dia, lepas tu bukan kedai dia, akhir kata nak jual kedai dia, akhir kata mengaku kedai dia, empat kali dalam masa dua minggu ubah, ubah, ubah, ubah kenyataann­ya.

“Ubah (tapi) akhirnya mengaku sebab apa? Sebab dalam daftar syarikat, dia ada 10 juta saham, 51 peratus (saham), (tetapi) tak mengaku mula-mula.

“Inilah, jangan kita main politik macam ni, jangan kita tuduh orang tak berasas, dosa nanti, takpa itu dia dengan Allah SWT nanti, kita kira sehari dua ini.

“Sehari dua ini kita nak tunjukkan bahawa orang Teluk Intan ini bijak memilih, orang Teluk Intan memilih orang yang benar-benar memberi manfaat kepada kita (pengundi), kita tak pilih kerajaan yang merugikan kita,” katanya.

Walaupun Najib tidak menyebut nama pemimpin dimaksudka­n, ia dipercayai merujuk kepada kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan isu penutupan kedai roti premium, The Loaf, yang dikatakan miliknya.

Najib berkata demikian ketika merasmikan majlis pecah tanah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Teluk Intan atau PR1MA@Teluk Intan di Batu 4, Jalan Changkat Jong, semalam.

Turut hadir semalam, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi yang juga penyandang kerusi Parlimen Teluk Intan dan Presiden GERAKAN Datuk Seri Mah Siew Keong, Pengerusi PR1MA Tan Sri Dr Alies Anor Abdul dan Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA Datuk Abdul Mutalib Alias.

Projek Kerajaan Persekutua­n yang dibina Perbadanan PR1MA Malaysia itu membabitka­n pembinaan 957 unit rumah PR1MA yang secara keseluruha­nnya membabitka­n nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM232 juta.

 ??  ?? NAJIB bersama Dr Zambry (dua dari kanan) menyempurn­akan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) Teluk Intan.
NAJIB bersama Dr Zambry (dua dari kanan) menyempurn­akan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) Teluk Intan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia