Harian Metro

Isi hati orang muda

- Fairul Asmaini Mohd Pilus, Mohd Nasaruddui­n Parzi, Esther Landau, Arfa Yunus, Siti Nur Mas Erah Amran dan Farhana Syed Nokman cnews@nstp.com.my

 Khairy harap lebih ramai pemimpin pelapis isi jawatan Kabinet

“Walaupun ini (pilih calon) kuasa mutlak Perdana Menteri, tapi saya harap beliau mendengar... Datuk Seri (Najib Razak)

perluaskan untuk akan datang ini supaya Menteri Belia dan Sukan mesti datang dari orang muda.

“Bukan hanya jawatan Menteri Belia dan Sukan, tetapi dalam kalangan menteri lain mesti juga ada orang muda sebagai menjamin (kepada kejayaan) pelaksanaa­n Jaminan Orang Muda Barisan Nasional (JOMBN) ini.”

Itu kata-kata Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang berharap

lebih ramai pemimpin muda dipilih mengisi jawatan dalam Kabinet selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, bagi menjamin pelaksanaa­n menyeluruh kepada manifesto JOMBN.

Malah, beliau juga berharap Menteri Belia dan Sukan yang bertanggun­gjawab dalam hal ehwal belia dan pembanguna­n sukan, juga dikhaskan kepada pemimpin muda.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada program Bicara Jom Undi di Balai Berita The News Straits Times Press (M) Berhad, semalam.

Khairy berkata, JOMBN adalah janji BN bagi memperkasa orang muda dan ia dilaksana buat julung kalinya, sudah pasti memerlukan fokus dan komitmen yang berterusan dari kerajaan.

“Saya tidak pasti apa peranan saya selepas ini (PRU), tetapi saya ada tanggungja­wab sebagai orang yang bentangkan JOMBN ini. Kita yakin BN mampu laksanakan semua janji ini.

“Kita akui kami tidak sempurna, tapi JOMBN ini kita mahu beri keyakinan buat mereka dan masa depan anak muda di negara ini,” katanya.

Beliau berkata, JOMBN adalah janji realistik dan dibuat bersandark­an keupayaan kerajaan dan agensi pelaksana, malah kiraan kos juga diperhalus­i Kementeria­n Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi (EPU).

 ??  ??
 ??  ?? KHAIRY ketika menjadi panel pada program Bicara Jom Undi di Balai Berita The News Straits Times Press (M) Berhad, semalam.
KHAIRY ketika menjadi panel pada program Bicara Jom Undi di Balai Berita The News Straits Times Press (M) Berhad, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia