Harian Metro

Tak kenal Ahli Parlimen

-

Peniaga, Teo Tee Lai, 63, juga mahu memilih wakil rakyat yang lebih rajin mencurah khidmat bakti kepada masyarakat pada PRU14 nanti apabila kecewa kerana tidak nampak wakil rakyat kawasan itu turun membantu menyelesai­kan masalah penduduk.

“Yang mana bagus beri khidmat dan rajin saya pilih dia, tidak kira dari parti mana.

“Bagaimanap­un, saya mengakui jarang lihat

Ahli Parlimen kawasan ini turun padang tolong rakyat,” katanya yang akan mengundi untuk kali kelima di kawasan berkenaan.

Alex Lim, 59, turut sependapat dengan Tee Lai kerana sukar melihat wakil PKR itu muncul bersama rakyat di kawasan berkenaan sepanjang tempoh lima tahun lalu kecuali sekali pada sambutan Tahun Baru Cina yang lalu.

Dewan Rakyat sebelum ini meluluskan usul kajian seGabungan mula persempada­nan kawasan pilihan raya bagi Semenanjun­g Malaysia dengan nama kawasan Parlimen Bukit Katil menggunaka­n nama baru sebagai Parlimen Hang Tuah Jaya.

Pada PRU13, calon Barisan Nasional (BN) yang juga bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam tewas kepada Shamsul Iskandar dengan majoriti 5,733 undi.

Sementara itu, Shamsul Iskandar ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah melaksanak­an tiga perkara aku janji bagi membantu rakyat di kawasan itu meliputi isu ekonomi ke dalam Dewan Rakyat.

“Selain itu, saya juga menempatka­n mesin air percuma di empat lokasi dan bantuan peralatan perniagaan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia