Harian Metro

Gejala berkaitan diri sendiri

Kempen diharap wujudkan kesedaran kepentinga­n jaga tingkah laku di media sosial

- DARI MUKA R35

Selaku pencetus idea bersama Hans, Neelofa berkata, pihaknya bersama rakan artis terpanggil untuk menjayakan kempen itu kerana menyedari ramai yang sangat lantang mengkritik serta memberikan pendapat.

“Bahasa yang digunakan netizen sangat kasar, suka mencetuska­n provokasi, penggunaan kata-kata kesat tanpa memikirkan sensitivit­i seseorang.

“Sedar atau tidak, laman sosial atau kewujudan Internet yang pada mulanya positif kini menjadi medium sangat negatif.

“Mereka juga menyalahgu­nakan kuasa media sosial untuk bertindak di luar kawalan,” katanya.

Ditanya sama ada kempen itu bersifat peribadi, Neelofa berkata, dia tidak menafikan buli siber dan berita palsu adalah gejala yang sangat berkaitan dengan dirinya.

“Walaupun baru lapan tahun berkecimpu­ng dalam bidang seni tanah air, sudah terlalu banyak yang saya hadapi.

“Kritikan dan kecaman bukan perkara baru. Itu tidak termasuk berita palsu yang disebarkan sewenang-wenangnya seolah-olah mereka lebih mengenali diri saya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen tanggungja­wab sosial ‘Akhiri Buli Siber dan Penyebaran Maklumat Palsu’ di KLPac, Kuala Lumpur, baru-baru ini. .

Bukan saja selebriti, kata Neelofa, sesiapa pun boleh menjadi mangsa buli siber asalkan individu itu mempunyai akses kepada media sosial.

“Hakikatnya, mangsa buli siber mengalami penderitaa­n secara mental dan fizikal serta boleh membawa kepada pelbagai kesan buruk lain.

“Kempen ini diharap mewujudkan kesedaran mengenai kepentinga­n menjaga tingkah laku di media sosial dan meminta netizen tidak menyalahgu­nakan kebebasan suara sedia ada,” katanya.

TURUN PADANG JAYAKAN KEMPEN

Objektif kempen juga untuk membantu dan memberi kesedaran kepada mereka yang pernah menjadi mangsa buli siber.

Menurut Neelofa, berbekalka­n kepakaran dan maklumat menerusi kerjasama dengan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pihaknya akan mempromosi­kan kempen ini secara besar-besaran.

“Saya sendiri akan turun padang dan menjayakan promosi direncanak­an. Kami percaya pengaruh selebriti dapat mengingatk­an orang ramai yang buli siber dan berita palsu boleh berlaku kepada sesiapa saja dan anda tidak sendirian,” katanya.

Neelofa berkata, orang ramai perlu peka mengenai undang-undang dan hukuman bawah akta berkaitan jenayah siber.

“Ia membabitka­n

Akta Komunikasi dan Multimedia, Kanun Keseksaan, Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap KanakKanak, Akta Kanak-Kanak atau Akta Anti Berita Tidak Benar untuk melindungi diri sendiri.

“Jika anda rasa difitnah atau dibuli secara siber, langkah yang perlu diambil ialah ‘screen capture’ komen mereka, laporkan kepada pengurusan laman sosial itu. Jika anda pelajar, laporkan kepada guru dan jika ugutan berterusan, laporkan kepada pihak polis,” katanya.

Bahasa yang digunakan netizen sangat kasar, suka mencetuska­n provokasi, penggunaan kata-kata kesat tanpa memikirkan sensitivit­i seseorang

neelofa

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia